Sejak berjauhan dengan anak sulung kerana saya perlu berada di hospital di ipoh, kami sering berhubung menggunakan aplikasi whatsapp. Tidaklah banyak yang dibualkan. Afif sekadar memberitahu saya aktiviti yang dilakukannya, apa yang dimakannya.
Saya sangat gembira bila Afif sudah pandai menggunakan aplikasi whatsapp. Bagus sebenarnya kemudahan-kemudahan seperti ini. Anak pun mudah menghubungi saya. Paling best, anak dapat belajar mengeja dan menulis dengan betul.
Dengan whatsapp pun anak-anak boleh belajar dan mahirkan diri dengan mengeja dan membaca. Jika ada perkataan yang Afif tersilap eja, saya akan menaip semula perkataan tersebut dengan ejaan yang betul. Dia akan baca dan tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan yang ditulisnya.
Inilah antara sebab pentingnya menaip menggunakan ejaan penuh. Supaya anak-anak faham apabila membaca dan anak-anak tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan baru atau sukar bagi mereka. Taklah mereka keliru. Anak-anak mengajar, anak-anak juga belajar.
Dan ini juga antara satu sebab kenapa saya setuju untuk mendedahkan anak-anak dengan gajet secara terkawal dan membiarkan mereka meneroka teknologi yang sedang berkembang pesat.
Comments
Post a Comment