Skip to main content

Bila Ayah Jaga Anak

Bila ayah jaga anak. 😜

Ini gambar sebulan yang lalu. Sebelum ni kami tak pernah beli langsung cornflakes/kokocrunch atau apa-apa bijirin sarapan untuk disuap ke mulut afif atau adiknya.

Sebabnya memang taknak ajar, dan bukanlah bagus untuk kesihatan sangat sebab kandungan gulanya yang tinggi. Budak-budak tak perlu pun gula banyak-banyak. Biskut pun sangat jarang dibeli. Anak-anak pun biasa minum air putih je. Sebab saya sendiri jarang bancuh air manis.

Suami balik rumah kena hidang air? Tidak bagi saya. Dulu-dulu buat juga. Sekarang dah tak bancuh melainkan ada permintaan. Tu pun sangat jarang. Kalau dia nak, biasanya dia buat sendiri ikut selera dia. Katanya air yang dia bancuh tu sedap..😜

Takpun dia tapau teh ais siap-siap habuan untuk dia minum. Selalunya bila balik rumah, suami cari sendiri air sejuk dalam peti ais. Juga tidak bergula.

Bijirin sarapan dalam gambar ni suami belikan untuk afif. In case tak sempat sediakan sarapan katanya. Sebab sekolah afif tak sediakan sarapan pagi.. Minum pagi pukul 10 sahaja. Jadi memang kena isi perut sebelum ke sekolah. Kalau tak afif akan lesu.

Kalau ibu ada kat rumah.. Ibu akan sediakan sarapan berat untuk afif. Nasi. Ya, nasi. Apa-apa sahaja yang sempat dan mudah.

Nasi telur kicap tu favourite afif. Kadang kalau ada lebihan lauk semalam ibu panaskan dan masak sahaja nasi. Kalau ada lebihan nasi, ibu goreng saja. Ataupun ibu masak nasi dan sediakan lauk ringkas, telur masak kicap, sambal bilis. Afif makan dengan selera.

Awal-awal dulu sebelum sekolah risau juga nak bagi afif makan apa la sebelum keluar ke sekolah. Nak suap nasi kut dia tak lalu nak makan pagi-pagi. Tapi ibu masak je nasi untuk dia dan dia makan sahaja.

Bila ibu tak ada kat rumah, ayahnya belikan susu dan bijirin sarapan ni untuk dia. Terpengaruh dengan iklan tv ler teww.. 😂

Pagi esoknya sebelum ke sekolah, ayahnya penuh semangat jerang air panas.. bancuh susu.. campur susu yang siap dibancuh dengan bijirin sarapan tu dan hidangkan kat afif.

Afif tengok sarapan dia dan cakap, "nak nasi..."

Ibu sukaaaa sangat dengar bila ayah cerita. That's my boy.😂

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe