Skip to main content

Posts

Hajat Pelanggan dan Untung Menjual

Bila menjual buku ataupun alat bantu mengajar ni, ada masanya untung dah jadi nombor dua. Asalkan dapat sampaikan barang yang betul-betul dihajati customer untuk memenuhi keperluan mengajar anak-anaknya. Ianya satu kepuasan bila usaha kita sedikit-sebanyak dapat membantu memberi ilmu kepada anak-anak ini. Semoga terselit secebis ganjaran yang Allah kirakan sebagai amal yang baik dan berpanjangan mudah-mudahan. Inilah kisah saya hari ini. Ada seorang pelanggan yang tinggal di Dubai minta kawannya tolong bawakan set buku readeasy yang dibeli daripada saya ke Dubai kerana kebetulan kawannya itu akan pulang semula ke Dubai beberapa hari lagi. Hari terakhir barang perlu sampai ialah pada hari ahad, 2 April. Allah menguji, pada hari jumaat, 31 Mac poslaju menelefon supplier saya untuk mengambil semula parcel yang dihantar kepada kawan pelanggan saya ini kerana parcel telah rosak dan terkoyak. Memang tidak sempat untuk menghantar semula kerana hari sudah lewat, dan esoknya hari sabtu. Mus...

Panduan Memilih Permainan Untuk Anak 0-3 Tahun

Saya percaya pasti ibu-ibu teruja apabila melihat lambakan permainan edukatif di pasaran. Bukan sahaja di shopping complex atau kedai menjual barang permainan, malahan di facebook dan instagram juga meriah banyaknya. Kalau boleh mahu dibeli semua untuk anak-anak tercinta. Bagi ibu-ibu yang mempunyai peruntukan lebih, anak-anaknya pasti mempunyai koleksi permainan yang bermacam-macam di rumah. Sampai terbuang atau bersepah tidak tergunakan kebanyakannya. Tetapi adakah anak-anak kita perlukan kesemua permainan-permainan itu? Ini adalah panduan yang ibu-ibu boleh gunakan untuk ibu-ibu memilih permainan yang penting dan bermanfaat untuk anak-anak pada peringkat awal. 1. Pilih permainan yang menambah kosa kata Antara permainan yang menambah kosa kata anak-anak adalah permainan yang bertemakan buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan. Umur yang sesuai untuk diberikan permainan bertema ini adalah ketika anak berumur 0-3 tahun. Ketika bermain, ajarkan anak-anak menyebut bunyi. Contohnya, jika ...

Mengenalpasti Perkembangan Pertuturan Anak Mengikut Tahap Umur

Jika dahulu, jarang kita dengar masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak. Yang pastinya masalah pertuturan di kalangan anak-anak telah wujud sejak 10 ataupun 20 tahun dulu. Mungkin disebabkan tiadanya pendedahan lalu ibu bapa kurang kesedaran dengan masalah ini. Ini adalah panduan ringkas dan mudah untuk mengenalpasti samada anak-anak kita mempunyai masalah pertuturan ( spee ch delay). 1. Ketika anak berumur 1 tahun Pastikan anak sudah boleh menyebut 1 perkataan yang mempunyai maksud. Contohnya memanggil mama, baba dengan niat memanggil ibu atau ayahnya. Bukan sekadar menyebut mamama tanpa tujuan. Sekiranya ketika berumur 1 tahun masih belum boleh menyebut 1 perkataan mudah, pantau perkembangan anak sehingga berumur 1 tahun 6 bulan. Tahap umur 1 tahun 6 bulan merupakan borderline untuk anak menyebut 1 perkataan mudah. 2. Ketika anak berumur 2 tahun Anak sepatutnya sudah mampu menyebut 2 patah perkataan seperti nak makan, nak air. 3. Ketika anak berumur 3 tahun Anak sudah bol...

Pro dan Kontra Permainan Elektronik

Perkembangan industri permainan dan pendidikan kanak-kanak dilihat semakin pesat sekarang. Sudah banyak permainan dan alat bantu mengajar yang bermacam-macam di pasaran. Antaranya buku-buku elektronik dan juga smart pen. Saya sendiri turut menjual Ebook Islamik dan Smart Pen Upin Ipin yang mendapat permintaan tinggi dari ibu bapa. Persoalannya, adakah buku-buku elektronik dan smart pen ini membantu pembelajaran anak-anak kita? Sebenarnya, tidak salah untuk memberikan anak-anak alat bantu mengajar elektronik seperti ini, syaratnya anak perlu menggunakannya dengan pengawasan ibu bapa. Pastikan juga anak tahu cara menggunakannya dengan betul, bukan sekadar kerana teruja mendengar bunyi-bunyian yang dikeluarkan sahaja. Jika anak sudah boleh fokus dan faham apa yang diterangkan oleh ebook ataupun smartpen itu, tiada masalah untuk membiarkan mereka menggunakannya. Biasanya, hanya anak yang berumur 4-5 tahun sahaja sudah mula faham mengenai cara penggunaan alat bantu mengajar elektronik i...

6 Tahap Perkembangan Kemahiran Anak

Enam tahap perkembangan kemahiran anak yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa: 1. Kemahiran eye-contact Kemahiran ini perlu diperhatikan dari anak berumur 0-1 tahun. Perhatikan sama ada anak boleh memandang kita ataupun memerhatikan apa yang sedang kita lakukan. 2. Kemahiran daya tumpuan (menumpukan perhatian) / attention Perhatikan samada anak-anak mampu memberi perhatian terhadap penerangan ibu bapa mengenai sesuatu yang baru bagi mereka, ataupun ketika bermain. Adakah mereka memberi tumpuan ketika bermain ataupun ketika terlibat dalam apa-apa aktiviti? 3. Kemahiran mengambil giliran Kemahiran mengambil giliran ketika bermain ataupun melakukan aktiviti bersama-sama. Ini menunjukkan anak memahami dan mampu bekerjasama ketika melakukan apa-apa aktiviti dengan rakan-rakan/adik-beradik/ibu bapa. 4. Kemahiran meniru Terdapat banyak kemahiran meniru yang boleh dipelajari anak-anak. Antaranya, meniru perbuatan/gaya, meniru mimik muka, dan kemahiran meniru yang paling sukar adalah kem...

Puji Allah di depan Anak-anak

Setelah hampir seminggu demam selsema, saya tidak mampu lagi bertahan dek kerana masih perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga walaupun keadaan diri memang tidak sihat. Akhirnya saya bersetuju dengan gesaan suami yang sudah beberapa kali mengajak saya ke klinik. Sesampainya di klinik dan setelah doktor melakukan pemeriksaan, kami sempat berborak kosong sebentar. Kebetulan suami juga perlu berjumpa doktor kerana tangannya tiba-tiba sahaja timbul bintik-bintik gatal. Selsema saya ini rupanya perlu dirawat dengan antibiotik. Tidak cukup sekadar dengan ubat selsema dan paracetamol yang sedia ada di rumah. Di bilik doktor, kami berbual-bual sekadar berbasa-basi. Tanya doktor, "anak dua orang je ye? dua-dua perempuan ye?" saya senyum dan iyakan, "ye baru dua orang ni, tapi yang sulung tu lelaki" merujuk kepada Afif. Doktor terkejut kerana disangkanya Afif seorang anak perempuan. Saya dan suami tidaklah terkejut mahupun tersinggung dengan kata-kata doktor kerana suda...

Cuti Sekolah dan Demam

Kadangkala sebagai isteri dan ibu, kita rasa kita kuat, kita ego. Biasanya kalau setakat tak sihat sikit-sikit seperti demam, selsema, kita abaikan sahaja rasa tak sihat itu. Kuat kononnya. Rasa diri masih mampu menguruskan anak-anak dan keluarga seperti biasa. Saya juga begitu. Seminggu anak bercuti sekolah, banyak yang saya angankan untuk lakukan bersama anak-anak. Akhirnya saya diuji dengan  selsema yang tak mahu sembuh. Selsema yang berlarutan sehingga demam dan sakit kepala. Pada mulanya saya sangka saya cuma selsema biasa sahaja. 4,5 hari nanti sembuhlah saya. Saya tak ambil paracetamol ataupun ubat selsema. Sebabnya rasa diri masih kuat dan boleh sembuh begitu sahaja tanpa ubat-ubatan. Biasalah, dah memang musim selsema kata saya. Saya seorang yang sangat jarang demam ataupun selsema. Seingat saya kali terakhir saya demam selsema ialah 3 tahun lepas. Selebihnya hanya selsema biasa sahaja. Disebabkan itu saya tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan untuk menghilangkan selsema ...