Skip to main content

Mengenalpasti Perkembangan Pertuturan Anak Mengikut Tahap Umur

Jika dahulu, jarang kita dengar masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak. Yang pastinya masalah pertuturan di kalangan anak-anak telah wujud sejak 10 ataupun 20 tahun dulu. Mungkin disebabkan tiadanya pendedahan lalu ibu bapa kurang kesedaran dengan masalah ini.

Ini adalah panduan ringkas dan mudah untuk mengenalpasti samada anak-anak kita mempunyai masalah pertuturan (speech delay).

1. Ketika anak berumur 1 tahun
Pastikan anak sudah boleh menyebut 1 perkataan yang mempunyai maksud. Contohnya memanggil mama, baba dengan niat memanggil ibu atau ayahnya. Bukan sekadar menyebut mamama tanpa tujuan. Sekiranya ketika berumur 1 tahun masih belum boleh menyebut 1 perkataan mudah, pantau perkembangan anak sehingga berumur 1 tahun 6 bulan. Tahap umur 1 tahun 6 bulan merupakan borderline untuk anak menyebut 1 perkataan mudah.

2. Ketika anak berumur 2 tahun
Anak sepatutnya sudah mampu menyebut 2 patah perkataan seperti nak makan, nak air.

3. Ketika anak berumur 3 tahun
Anak sudah boleh menggabungkan 4 hingga 5 patah perkataan. Biasanya perkataan yang digunakan adalah perkataan untuk menarik perhatian ibu bapa. Contohnya, "Ibu, ada burung atas pokok", ataupun "Ibu, adik nak naik basikal"

Ini hanyalah panduan ringkas dan mudah untuk  ibu-ibu yang tertanya-tanya mengenai perkembangan pertuturan anak mereka.

Sekadar untuk membantu memberi hint kepada ibu-ibu mengenai perkembangan anak masing-masing. Jika anak-anak ibu-ibu didapati mempunyai masalah untuk bertutur mengikut tahap umur mereka, segeralah rujuk kepada doktor untuk menghilangkan kekeliruan dan kerisauan ibu-ibu yang prihatin semua.

Comments

Popular posts from this blog

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan keran...