Skip to main content

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Jadi Ibu

Pengalaman mengajar saya untuk ambil tahu banyak perkara sesudah menjadi ibu. Sesudah menjadi ibu baru tahu mengenai perkara-perkara ini sebenarnya sudah agak terlambat. Tapi, better late than never kan?

Ini panduan untuk adik-adik yang bakal menjadi ibu. Rajin-rajinkan diri mencari dan membaca mengenai perkara-perkara ini.

1. Kelahiran.
Ambil tahu apa itu gentle birth, hypno birth, hak-hak ibu ketika berada di labour room. Perlu atau tidak Vaginal examination (VE) berkali-kali, boleh atau tidak jika mahu dipantau perawat wanita sahaja. Perlu atau tidak kehadiran ramai doktor pelatih di labour room.

2. Penyusuan.
Percayalah anda perlukan jiwa yang kental untuk terus menyusukan anak selama 2 tahun. Percayalah bahawa masalah dalam proses penyusuan itu sebenarnya wujud. Ambil tahu cara mengendalikan susu perahan/expressed breast milk (EBM), ambil tahu apa itu masalah flat nipple/inverted nipple, apa yang perlu dilakukan apabila bengkak susu, ambil tahu cara penyusuan dan postur yang betul.

3. Kesihatan bayi
Ambil tahu mengenai jaundice, eczema, mengenai imunisasi. Ketahui hak anda sebagai pengguna sebelum membuat keputusan memberikan anak anda suntikan imunisasi. Ambil tahu apa itu AEFI dan cara melaporkan jika terjadinya AEFI. Kes eczema juga semakin meningkat di kalangan bayi. Ketahui cara merawat secara alami. Ambil tahu bahaya krim steroid, dan ambil tahu cara pemakanan yang betul untuk anak-anak eczema. Ambil tahu juga penyakit-penyakit yang biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti demam campak, HFMD, batuk dan selsema.

4. Menggendong bayi/ babywearing
Ambil tahu mengenai cara menggendong bayi yang betul. Ini memudahkan pergerakan ibubapa dan juga selamat untuk bayi. Masih ramai ibubapa yang menggunakan alat gendong yang salah. Ini menjejaskan kesihatan anak dalam jangkamasa panjang. Ambil tahu apa itu soft-structured carrier (ssc), wrap, ring sling dan cara serta teknik yang betul menggunakannya.

5. Pendidikan awal kanak-kanak.
Topik ini sangat luas. Banyak yang perlu dipelajari. Tiada cara lain melainkan selalu membaca buku ataupun blog-blog parenting, dan juga perkongsian-perkongsian pakar-pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Ini sahaja 5 perkara yang paling penting perlu diketahui sebagai ibu mahupun bapa. Buatlah carian dan bacaan mengenai 5 perkara ini sebelum menjadi seorang ibu atau bapa supaya anda tak terkejar-kejar untuk belajar bila sudah ada anak nanti.

Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...