Skip to main content

Tips Parenting No. 1

Tips parenting nombor 1, didik diri-sendiri dahulu.

Saya selalu ingatkan diri saya begini. Tiada tips lain yang dapat diguna atau diaplikasikan dengan baik sekiranya tips pertama ini tak dilakukan terlebih dahulu.

Ibu-ibu, anak adalah cerminan kita. Mereka yang putih bersih dan suci ini sebenarnya sangat mengagumi ibu mereka. Ibu adalah bidadari pada mata bundar dan bercahaya mereka.

Kita makhluk paling cantik fizikalnya, tingkahnya, kata-katanya bagi mereka. Kita dikagumi mereka sejak dari hari pertama mereka melihat kita. Kitalah idola, kitalah penglipurlara.

Lantas, kekaguman itu membuat mereka meniru setiap tingkah dan kata-kata kita. Mereka belajar, mahu jadi seperti kita.

Akhirnya segalanya diserap, dan diulang semula melalui perbuatan, tingkah dan kata-kata mereka.

Kerana itu saya selalu percaya, tips pertama dalam mendidik anak, DIDIK DIRI-SENDIRI DAHULU.

Jadilah wanita yang baik akhlaknya, elok penampilannya, baik budinya, tinggi adabnya, lembut dan sopan tutur-katanya, luas ilmunya, tertib ibadahnya. Tunjukkan teladan yang baik buat anak-anak. Mereka belajar melalui teladan yang kita pamer. Baik teladan yang kita tunjukkan, baiklah perilaku mereka, bertambah mudahlah untuk kita aplikasikan teknik-teknik dan tip-tip lain untuk mendidik mereka lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Memilih Permainan Untuk Anak 0-3 Tahun

Saya percaya pasti ibu-ibu teruja apabila melihat lambakan permainan edukatif di pasaran. Bukan sahaja di shopping complex atau kedai menjual barang permainan, malahan di facebook dan instagram juga meriah banyaknya. Kalau boleh mahu dibeli semua untuk anak-anak tercinta. Bagi ibu-ibu yang mempunyai peruntukan lebih, anak-anaknya pasti mempunyai koleksi permainan yang bermacam-macam di rumah. Sampai terbuang atau bersepah tidak tergunakan kebanyakannya. Tetapi adakah anak-anak kita perlukan kesemua permainan-permainan itu? Ini adalah panduan yang ibu-ibu boleh gunakan untuk ibu-ibu memilih permainan yang penting dan bermanfaat untuk anak-anak pada peringkat awal. 1. Pilih permainan yang menambah kosa kata Antara permainan yang menambah kosa kata anak-anak adalah permainan yang bertemakan buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan. Umur yang sesuai untuk diberikan permainan bertema ini adalah ketika anak berumur 0-3 tahun. Ketika bermain, ajarkan anak-anak menyebut bunyi. Contohnya, jika ...