Skip to main content

Pelanggan dan Tracking Number

Teks: Salena Shafiee

Antara cabaran ibu-ibu yang mencari duit dengan dropship ialah, supplier lambat feedback/respons.

Tambah serius customer mula bersangka tak elok bila masih belum dapat tracking number.

Dah ditanya pada supplier masih juga tidak berjawab. Di pihak customer pula terus menekan. Kalau tak pandai mengurus emosi, macam-macamlah isu lain akan timbul. Samada annoy dengan supplier ataupun dihamun dan dibodohkan balik customer. Jalan selamat, mohon maaf atas kelewatan dan jaminan barang akan sampai juga kepada alamat yang diberikan.

Namun, esoknya usaha perlu diteruskan. Dapat supplier yang tidak mengenakan sebarang yuran ataupun minima yuran komitmennya pun dah seribu rahmat.

Itulah usaha kecil-kecilan semata-mata mencari pendapatan. Mahu besarkan perniagaan, modal masih belum mengizinkan.

Teringat pengalaman awal saya berniaga dulu, sewaktu belajar-belajar menjual perfume. Masalah utamanya adalah lambat dapat stok. Jika perfume diposkan oleh supplier, seminggu dua baru dapat tracking number. Bila ditanya katanya sudah diposkan. Bila diminta tracking number, kadang tidak berjawab. Jika diberikan pun, tracking number tiada dalam sistem.

Sudahnya, customer menanggap saya telah menipu mereka. Susah bila customer mula memandang buruk. Susah untuk mengekalkan mereka menjadi pelanggan tetap. Ini menjejaskan kelangsungan perniagaan.

Buat usahawan yang menjalankan bisnes dan mempunyai ramai ejen, usahalah untuk menyediakan sistem yang memudahkan ejen membuat jualan dan semakan kuantiti stok dan status penghantaran. Ejen anda turut menyumbang kepada pendapatan bisnes anda.

Buat semua ibu-ibu yang turut mencari rezeki sebagai dropshiper, dan dibawah supplier yang kurang bersistem menguruskan bisnes dan ejen, semoga kita semua dimurahkan rezeki mudah-mudahan dapat meluaskan lagi perniagaan. Naik ke satu lagi tahap yang lebih hebat.

Sementara itu, teruskan bersabar jangan putus berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...