Skip to main content

Hajat Pelanggan dan Untung Menjual

Bila menjual buku ataupun alat bantu mengajar ni, ada masanya untung dah jadi nombor dua. Asalkan dapat sampaikan barang yang betul-betul dihajati customer untuk memenuhi keperluan mengajar anak-anaknya.

Ianya satu kepuasan bila usaha kita sedikit-sebanyak dapat membantu memberi ilmu kepada anak-anak ini. Semoga terselit secebis ganjaran yang Allah kirakan sebagai amal yang baik dan berpanjangan mudah-mudahan.

Inilah kisah saya hari ini. Ada seorang pelanggan yang tinggal di Dubai minta kawannya tolong bawakan set buku readeasy yang dibeli daripada saya ke Dubai kerana kebetulan kawannya itu akan pulang semula ke Dubai beberapa hari lagi.

Hari terakhir barang perlu sampai ialah pada hari ahad, 2 April. Allah menguji, pada hari jumaat, 31 Mac poslaju menelefon supplier saya untuk mengambil semula parcel yang dihantar kepada kawan pelanggan saya ini kerana parcel telah rosak dan terkoyak.

Memang tidak sempat untuk menghantar semula kerana hari sudah lewat, dan esoknya hari sabtu. Mustahil akan sampai jika lakukan penghantaran menggunakan pos. Cara lain, menghantar sendiri ataupun cari rakan-rakan penjual yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggal kawan pelanggan saya ini.

Alhamdulillah... Allah mudahkan. Mungkin ada percaturan lain yang Dia aturkan selepas ini. Ada penjual yang tinggal berdekatan yang mempunyai stok buku readeasy. Urusan penghantaran akan dilakukan sebelum kawan pelanggan saya berangkat ke Dubai.

Syukur. Bila terjadi masalah ini, untung rugi sudah saya tak fikirkan lagi. Hanya mahu pelanggan berjaya menerima buku yang dihajati. Jika dia benar-benar berhajat memiliki buku itu, pasti buku itu sangat bermakna untuk membantunya mengajar anaknya membaca.

Jika penjual yang saya minta tolong itu memerlukan cas penghantaran, saya sendiri sanggup menanggung kos bayaran penghantaran. Satu kepuasan bila dapat membantu pelanggan yang benar-benar menerlukan.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Memilih Permainan Untuk Anak 0-3 Tahun

Saya percaya pasti ibu-ibu teruja apabila melihat lambakan permainan edukatif di pasaran. Bukan sahaja di shopping complex atau kedai menjual barang permainan, malahan di facebook dan instagram juga meriah banyaknya. Kalau boleh mahu dibeli semua untuk anak-anak tercinta. Bagi ibu-ibu yang mempunyai peruntukan lebih, anak-anaknya pasti mempunyai koleksi permainan yang bermacam-macam di rumah. Sampai terbuang atau bersepah tidak tergunakan kebanyakannya. Tetapi adakah anak-anak kita perlukan kesemua permainan-permainan itu? Ini adalah panduan yang ibu-ibu boleh gunakan untuk ibu-ibu memilih permainan yang penting dan bermanfaat untuk anak-anak pada peringkat awal. 1. Pilih permainan yang menambah kosa kata Antara permainan yang menambah kosa kata anak-anak adalah permainan yang bertemakan buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan. Umur yang sesuai untuk diberikan permainan bertema ini adalah ketika anak berumur 0-3 tahun. Ketika bermain, ajarkan anak-anak menyebut bunyi. Contohnya, jika ...