Skip to main content

Puji Allah di depan Anak-anak

Setelah hampir seminggu demam selsema, saya tidak mampu lagi bertahan dek kerana masih perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga walaupun keadaan diri memang tidak sihat.

Akhirnya saya bersetuju dengan gesaan suami yang sudah beberapa kali mengajak saya ke klinik. Sesampainya di klinik dan setelah doktor melakukan pemeriksaan, kami sempat berborak kosong sebentar. Kebetulan suami juga perlu berjumpa doktor kerana tangannya tiba-tiba sahaja timbul bintik-bintik gatal. Selsema saya ini rupanya perlu dirawat dengan antibiotik. Tidak cukup sekadar dengan ubat selsema dan paracetamol yang sedia ada di rumah.

Di bilik doktor, kami berbual-bual sekadar berbasa-basi. Tanya doktor, "anak dua orang je ye? dua-dua perempuan ye?" saya senyum dan iyakan, "ye baru dua orang ni, tapi yang sulung tu lelaki" merujuk kepada Afif. Doktor terkejut kerana disangkanya Afif seorang anak perempuan. Saya dan suami tidaklah terkejut mahupun tersinggung dengan kata-kata doktor kerana sudah biasa dengan salah anggap orang yang menyangka Afif seorang budak perempuan.

Doktor perempuan separuh abad yang kecil molek dan comel itu cepat-cepat meminta maaf kepada Afif. Ditariknya Afif dan dipujinya lagi. "Ala..acik ingatkan girl tadi. Cantik sangat rupanya.. Mana ada boy dagu tirus macam ni" puji doktor itu lagi. Berkali-kali dipujinya Afifi. Saya suami isteri hanya tersenyum.

Apa yang mengejutkan kami suami isteri termasuklah doktor itu apabila Afif menjawab "alhamdulillah.." apabila doktor itu berterusan memujinya. "MasyaAllah, bijaknya.." kata doktor. Kami senyum sahaja. Padahal dalam hati saya sudah mula sedar akan silap sendiri selama ini.

Amat jarang saya kembalikan pujian kepada Allah apabila menerima pujian daripada sesiapa sahaja di depan anak-anak saya. Tidak di depan anak-anak saya. Sekadar alhamdulillah sesudah makan, ataupun sejurus bersin. Maka, dari mana Afif belajar? Mungkin di sekolah simpul saya.

Cuma, pengajaran itulah yang berlegar di fikiran saya sesudah pulang dari klinik sehingga keesokan harinya. Banyak pelajaran yang anak-anak ajar kepada saya. Ini salah satunya.

InsyaAllah, selepas ini saya akan sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa memuji Allah dalam apa jua situasi. Allah tunjukkan lagi jalan yang baik dalam cara saya mendidik anak-anak saya. Sebelum ini banyak saya lupa menyelitkan kebesaran-Nya dalam mendidik anak sehari-hari. Kasih-Nya Allah pada saya dan anak-anak dengan teguran-Nya ini. 😊

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...