Skip to main content

Tiada Cara Yang Betul Mendidik Anak

Sebelum menjadi seorang ibu dahulu, saya sering terbayang-bayang indahnya jika memiliki anak-anak kecil... Melayan keletah mereka yang manja dan bijak. Menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka yang kadang tak terfikir akan disoal. Yang terbayang memang indah. Terpasak niat di dalam hati, jika saya miliki anak nanti, nak diajar mereka begitu dan begini. Nak dibekalkan mereka itu dan ini.

Namun, segala perancangan Allah jualah yang menentukan terjadi atau tidaknya ia. Tak semuanya akan berlaku satu persatu seperti apa yang kita impi dan rancangkan.

Bila mula jadi ibu, mulalah terfikir-fikir cara yang betul untuk mendidik anak. Apatah lagi zaman teknologi pesat berkembang. Zaman yang segala-galanya di hujung jari sahaja. Sudah mudah mencari info. Sedikit demi sedikit saya mula mengikuti dan membaca perkongsian ramai orang di facebook. Kadangkala saya lakukan juga carian di google.

Waktu itu ikon-ikon parenting belum tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan lagi. Maka perkongsian yang tidak dapat ditentukan sumbernya dan penulis asalnya juga turut saya kutip.

Anak pertama, masih mampu jadi ibu yang lemah-lembut dan penyayang. Sebabnya banyak masa untuk diberikan tumpuan terhadap si manja nan seorang.

Bila masuk anak kedua, pintu rezeki makin luas terbuka, mulalah sibuk terkejar-kejar tak ada nasa bak uruskan anak-anak, nak uruskan rumahtangga, nak fokus pada aktiviti perniagaan atas talian.

Kesannya, anak-anak mula "buat perangai" semata-mata mahu menarik perhatian. Saya juga jadi semakin hilang rasa penyayang, dan lemah lembut terhadap anak-anak kerana serabutnya fikiran antara anak-anak, urusan rumahtangga dan keperluan mencari pendapatan sendiri.

Tersedar sejenak, saya mula mencari penyelesaian terhadap masalah dengan anak-anak. Waktu ini sudah ramai pakar-pakar motivasi, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang muncul di media sosial. Juga perkongsian ibu-ibu yang komited berkongsi aktiviti dan cara mereka mendidik anak-anak di fb.

Sehari dua, mampulah saya ikut. Lama-lama terdampar keletihan semula kerana ada yang cakap cara ini yang betul. Eh, cara itu salah tak boleh ajar anak macam tu. Tak mampu saya pertimbangkan mana satu yang perlu saya ikuti. Sudahnya anak-anak terabai lagi dan saya stress sendiri.

Bila terjadi perkara seperti ini, tarik nafas. Selami dan fahami kemampuan diri. Semua orang ada tahap dan kemampuan berbeza-beza. Berlapang dadalah. Tak semua orang sama ataupyn mampu berada di tahap yang sama. Tak ada seorang pun yang betul bila bercakap mengenai cara terbaik mendidik anak-anak.

Anak-anak kita, hanya kita yang faham dan tahu. Sesuaikanlah cara didikan bergantung pada situasi rumahtangga dan keluarga terdekat kita. Selebihnya, serahkan pada Allah untuk aturkan.

Setelah berfikir-fikir, sebenarnya dalam perjalanan menjaga dan mendidik anak-anak ini, yang pentingnya adalah pengurusan diri ibu dahulu. Ibu perlu kuasai diri-sendiri dahulu. Kuasai masa, uruskan sebaik-baiknya.

Selesaikan mengikut keutamaan. Bagi saya, anak-anak adalah keutamaan. Bila saya selesaikan semua keperluan anak-anak, pakaian, makanan, pelajaran, anak-anak turut bekerjasama memberikan saya masa untuk menyelesaikan keperluan saya.

Namun, ilmu itu tetaplah perlu terus dicari dan dipraktikkan. Tiada siapa mampu menjadi ibu yang sempurna namun semua ibu mampu meninggalkan nama dan rasa cinta di hati setiap anak-anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...