Skip to main content

Anak-anak dan Tuhan

Teks: Salena Shafiee

Sambil angkat baju tengahari tadi, sempat melayan anak-anak yang belum mahu tidur.

"Adik tengok tu, yang putih tu awan. Yang biru tu langit. Cantik sangat langit hari ni. Awan tu putih macam kapas."

Adik pun panjat pagar melihat ke arah awan yang memutih dan langit yang membiru.

Afif pun berminat, turutlah dia mendongak sama.

"Pandai Allah cipta langit, cipta awan..."

Afif bersuara, "nak naik!" sambil jari ditunjukkan ke arah awan.

Ibu senyum.

"Kalau Afif nak naik atas awan, dah besar nanti Afif kena bawa kapal terbang... Helikopter ke... Baru dapat rasa awan tu macam mana."

"Afif nak bawa kapal terbang?"

"Nakkk", jawabnya dengan penuh teruja.

Ibu senyum lagi.

"Kalau nak bawa kapal terbang, Afif minta kat Allah bagi Afif boleh bawa kapal terbang na. Nanti Allah bagi Afif bawa kapal terbang. Nak apa pun semua minta kat Allah tau."

Afif diam. Sambil merenung pohon-pohon hijau di hadapan rumah yang berdesir daunnya ditiup angin. Ibu tak pasti Afif faham apa yang ibu bualkan atau tidak, tidak saat ini, esok lusa semoga Allah beri kefahaman kepada Afif dan adik mengenai kebesaran-Nya.

---

Waktu ibu kecil dahulu, skrip yang diulang guna oleh hampir kesemua ibu ayah atuk nenek ialah, "kalau nak itu, kalau nak ini, kena belajar rajin-rajin."

Tapi bila dah jadi seorang ibu, ibu sedar bukanlah pelajaran atau usaha kita yang memungkinkan kita senang memiliki semua yang diimpikan.

Tidak lain dengan izin Allah semata-mata. Kita hanya makhluk yang tiada daya. Setiap zarah di dalam tubuh-badan kita semua digerakkan oleh-Nya.

Selari dengan konsep Bertanya Allah Dahulu, ataupun LUA, ataupun LoA... Setiap impian dan keinginan perlulah dimulakan dengan istikharah dan doa. Yakinlah Allah akan makbulkan segala doa yang baik untuk kita. Mohonlah dahulu pada Allah kebaikan yang diinginkan, nanti Dia akan tunjukkan jalan.

---

Apa yang ibu cuba lakukan adalah untuk mendidik anak-anak ibu bergantung sepenuhnya dengan Tuhan. Supaya di jiwa-jiwamu tertanam teguh teras tauhid dan iman.

---

Ini langit pukul 4 petang tadi. Masih lagi cerah dan terang. Tengahari tadi lagilah rembang.😊

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...