Skip to main content

Posts

Kalau Dah Namanya Lelaki

Kalau dah namanya lelaki. Bukan main si pesakit ni menyakat cik misi yang merawat. Tak  cukup dengan nurse, doktor-doktor muda berdahi licin pun turut diusiknya. Cun katanya. Ada adik-adik di wad rehab yang mengusik doktor comel, "Fuh..Rasa macam nak duduk sini terus je.." Seorang pesakit yang patah leher dan sebelah kakinya turut mencuba. Mentang-mentang bekas isterinya tiada di sisi menemani waktu itu. Dengan besar rasanya, dipelawa seorang cik misi manja keluar makan. Aku ada empat ribu katanya. Awak nak berjalan pun tak boleh abang. 😂 Layankan ajelah cik misi. Buat menghibur hati sendiri dan menghibur hati mereka. Kakak ini menegur, "suka-suka je nak ngorat noh. Entah-entah bini orang." "Mana kahwin lagi.." Si adik membalas. "Boleh tau ke depa dah kahwin ke belum?", soal si kakak. "Tak pakai cincin." Jawabnya. Hahaha.. tergelak saya. Rupanya itu caranya lelaki menapis perempuan yang mahu dicuba. Jika tersarung cinci...

Belajar Membaca dan Mengeja Menggunakan Whatsapp

Sejak berjauhan dengan anak sulung kerana saya perlu berada di hospital di ipoh, kami sering berhubung menggunakan aplikasi whatsapp. Tidaklah banyak yang dibualkan. Afif sekadar memberitahu saya aktiviti yang dilakukannya, apa yang dimakannya. Saya sangat gembira bila Afif sudah pandai menggunakan aplikasi whatsapp. Bagus sebenarnya kemudahan-kemudahan seperti ini. Anak pun mudah menghubungi saya. Paling best, anak dapat belajar mengeja dan menulis dengan betul. Dengan whatsapp pun anak-anak boleh belajar dan mahirkan diri dengan mengeja dan membaca. Jika ada perkataan yang Afif tersilap eja, saya akan menaip semula perkataan tersebut dengan ejaan yang betul. Dia akan baca dan tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan yang ditulisnya. Inilah antara sebab pentingnya menaip menggunakan ejaan penuh. Supaya anak-anak faham apabila membaca dan anak-anak tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan baru atau sukar bagi mereka. Taklah mereka keliru. Anak-anak mengajar, anak-anak ju...

Tabik Jururawat Lelaki

Bila mula berkenalan dengan hospital ini, baru tahu kePENTINGan male nurse/jururawat lelaki. Kerja-kerja jururawat bukan calang-calang terutama di ward yang memerlukan pemerhatian rapi di mana pesakit yang tidak mampu menguruskan diri perlu diangkat untuk dimandikan ataupun dialihkan posisi, ataupun diletakkan diatas kerusi roda dari pembaringan. Tenaga lelaki sangat diperlukan untuk melakukan kerja-kerja ini. Jika pesakit mempunyai berat dalam julat yang normal, tidaklah begitu sukar untuk diuruskan. Tetapi jika pesakit mempunyai masalah obesiti dengan berat badan mencecah 100-150 kg? Kekuda 4 orang lelaki pun boleh bergegar mahu mengangkatnya, apatah lagi kudrat jururawat wanita yang lemah-lembut, halus dan rapuh fitrahnya. Memerhati sikap dan cara jururawat-jururawat ini bekerja, buat saya lebih menghormati lelaki. Sebelum ini hanya seorang lelaki yang saya tahu bila ingin menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya, sebolehnya mahu dia lakukan sebaik mungkin, sehingga dia sendi...

Ragam Suami Isteri Baru

Dalam perjalanan ke ipoh siang tadi, kami singgah untuk mengisi perut di Gopeng.. Cukuplah buat alas perut anak-anak dan suami sementara mereka nak sampai ke kampung. Sudah separuh makanan kami habiskan, datang sepasang suami-isteri duduk di sebelah meja. Baru berkahwin gayanya. Mungkin tahun pertama perkahwinan lagi. Si isteri, sedang hamil dan masih kecil perutnya. Dari butir-butir perbualan mereka, dapat saya agak mereka sedang berbalah mengenai hal kecil sahaja mungkin. Ada disebut family datang, abang datang, mama datang, tidur luar. Mungkin si suami tidak berpuas hati kerana terpaksa tidur di luar apabila keluarga si isteri datang berkunjung. Ataupun mungkin ada isu lain lagi yang dipersoalkan. Nampaknya kedua-duanya tidak mahu mengalah, masing-masing mahu pasangan menerima pendirian mereka. Melihat kedua-dua suami-isteri ini, seolah-olah melihat cermin diri di masa lalu. Begitulah kami di awal perkahwinan. Difikir-fikir, terasa betapa ruginya berbalah atas perkara yang tidak...

Sukar Untuk Memahami Selagi Belum Merasai

Benarlah, kita tak akan faham rasa yang dialami oleh orang lain selagi kita tidak berada dalam situasi yang sama dengan mereka. Saat ini usah ucapkan kata-kata memohon sabar. Hulurkanlah bantuan semampu kita. Bantuan kewangan juga amat membantu. Selalunya saya berbahagia di rumah menguruskan isi rumah dan anak-anak. Tidak memikirkan hal lain kerana hidup saya sudah sempurna rasanya. Bahagia dapat bersenang-lenang di rumah melakukan apa sahaja yang saya suka. Dalam sekelip mata tanpa sempat membuat perancangan apa-apa, kami sekeluarga menerima perkhabaran bencana. Adik saya kemalangan dalam perjalanan dari rumah saya untuk pulang ke Pulau Pinang. Kami perlu bergegas ke hospital ipoh. Hari pertama, kami sekeluarga menunggu sahaja di kawasan menunggu di kaki lima hospital. Semuanya punya anak kecil yang turut dibawa bersama. Tiada persediaan apa-apa. Mak dan adik saya tiba seawal jam 4 pagi di hospital. Tanpa sempat memikirkan makan dan membersihkan diri. Masing-masing menunggu adik s...

Wanita dan Kasih Sayang

Kisah di hospital. Ada bekas isteri yang masih setia kembali berkhidmat menunggu bekas suami yang terlantar tidak sedar. Ada suami yang datang mahu membelasah isteri yang sedang terlantar tiada upaya. Ada isteri yang terus pindah masuk ke rumah baru di sisi katil suami. Di situlah isteri berbaring, disitulah isteri solat, di ward itu jugalah isteri membersihkan diri. Setia menemani tidak kemana-mana sudah 2 minggu lamanya. Ada ibu yang hampir 7 bulan lamanya bersabar menanti kesembuhan si anak kecil yang menderita. Mereka yang setia menanti di sisi katil ini semuanya wanita. Ada isteri, ibu, kakak, adik, hatta bekas isteri sekalipun. Mereka tidak lagi memikirkan apa-apa. Tidak lagi memikirkan segala yang dulu dirasakan penting bagi diri. Hanya terus menanti, berdoa dan bersabar menantikan kesembuhan insan-insan yang disayangi. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mengembalikan nikmat kesihatan kepada mereka-mereka ini yang bersabar menjalani dugaannya. Berikan kesembuhan kepad...

Usah Berlama-lama Dalam Berduka

Saya seorang yang sangat susah nak move on. Masa arwah tok tak ada dulu hampir setahun saya masih tak boleh move on. Mourning, masih teringat-ingat, tak mampu nak teruskan belajar, saya quit. Selalu mimpikan arwah walau setelah bertahun lamanya arwah tak ada. Sayang nak tinggalkan kenangan. Saya nak hidup di dalamnya. Kerana pada saya, bila saya mula melupakan, seolah-olah saya mengkhianati apa yang pernah saya sayang. Akibat dari sikap ini, susah untuk saya ceria semula. Makan tahun lamanya saya bangkit dari terus berduka. Semua ini banyak mempengaruhi setiap keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya. Keputusan yang dibuat dipengaruhi emosi yang negatif... semangat yang hidup segan mati tak mahu... Membawa kepada keadaan yang lebih menyedihkan dan lebih banyak keburukan. Sedikit sedikit saya belajar. Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak pernah ada dalam perancangan. Bukan mudah bila kita merancang sesuatu yang kita anggap sempurna pada mata kita, akhirnya kita ...