Skip to main content

Usah Berlama-lama Dalam Berduka

Saya seorang yang sangat susah nak move on. Masa arwah tok tak ada dulu hampir setahun saya masih tak boleh move on. Mourning, masih teringat-ingat, tak mampu nak teruskan belajar, saya quit. Selalu mimpikan arwah walau setelah bertahun lamanya arwah tak ada.

Sayang nak tinggalkan kenangan. Saya nak hidup di dalamnya. Kerana pada saya, bila saya mula melupakan, seolah-olah saya mengkhianati apa yang pernah saya sayang. Akibat dari sikap ini, susah untuk saya ceria semula.

Makan tahun lamanya saya bangkit dari terus berduka. Semua ini banyak mempengaruhi setiap keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya. Keputusan yang dibuat dipengaruhi emosi yang negatif... semangat yang hidup segan mati tak mahu... Membawa kepada keadaan yang lebih menyedihkan dan lebih banyak keburukan.

Sedikit sedikit saya belajar. Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak pernah ada dalam perancangan. Bukan mudah bila kita merancang sesuatu yang kita anggap sempurna pada mata kita, akhirnya kita diuji dengan keadaan di mana setiap perancangan kita perlu dirombak semula. Perlu dirancang dan bermula semula. Semuanya tidak boleh diteruskan mengikut perancangan kita. Bukan mudah untuk menerima jika tidak menyedari kedudukan diri sebagai hamba.

Bila diuji begini, barulah saya betul-betul menghayati erti di sebalik "kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan". Dia menentukan segala yang terbaik untuk saya, untuk semua. Cuma fasa menerima itu perlu dilalui dengan penuh sabar sebelum ditemui hikmah di sebalik setiap pemberianNya. Semua yang Dia hadirkan dalam hidup kita pasti ada kebaikannya untuk kita. Yakin dan percayakan kasih sayangNya.

Status ini cuma status memujuk diri. Untuk mengingatkan saya akan kesilapan lama kerana berduka terlalu lama. Buat semua yang diuji, cepatlah bangkit dan move on. Masih banyak yang perlu dan mampu kita lakukan. Teruskan berusaha sehingga ke garis akhirnya.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...