Skip to main content

Tabik Jururawat Lelaki

Bila mula berkenalan dengan hospital ini, baru tahu kePENTINGan male nurse/jururawat lelaki.

Kerja-kerja jururawat bukan calang-calang terutama di ward yang memerlukan pemerhatian rapi di mana pesakit yang tidak mampu menguruskan diri perlu diangkat untuk dimandikan ataupun dialihkan posisi, ataupun diletakkan diatas kerusi roda dari pembaringan. Tenaga lelaki sangat diperlukan untuk melakukan kerja-kerja ini.

Jika pesakit mempunyai berat dalam julat yang normal, tidaklah begitu sukar untuk diuruskan. Tetapi jika pesakit mempunyai masalah obesiti dengan berat badan mencecah 100-150 kg? Kekuda 4 orang lelaki pun boleh bergegar mahu mengangkatnya, apatah lagi kudrat jururawat wanita yang lemah-lembut, halus dan rapuh fitrahnya.

Memerhati sikap dan cara jururawat-jururawat ini bekerja, buat saya lebih menghormati lelaki. Sebelum ini hanya seorang lelaki yang saya tahu bila ingin menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya, sebolehnya mahu dia lakukan sebaik mungkin, sehingga dia sendiri berpuas hati dengan hasil kerjanya. Jamili namanya. 😄

Di ward ini, jika diberi peluang untuk menilai dan memberi markah kepada prestasi kerja jururawat-jururawat ini, saya akan beri 2-3 bintang kepada jururawat perempuan dan 5 bintang tanpa ragu-ragu kepada jururawat-jururawat lelaki.

Dari pemerhatian bukan saya seorang, dan maklumbalas pesakit sendiri, saya simpulkan yang jururawat lelaki lebih berhati-hati menguruskan pesakit, lebih ringan tulang, lebih cermat dan lembut melakukan pekerjaan, lebih cekap, lebih empati terhadap pesakit lelaki. Kurang merungut, tidak menunjukkan muka masam, tidak mencebik, tidak meninggi suara terhadap pesakit dan ahli keluarganya. Jururawat lelaki lebih profesional, manakala wanita dan emosi berpisah tiada tidak kira apapun status atau pekerjaannya.

Begitulah lelaki sebenar bila diberi amanah dan kepercayaan. Seboleh-bolehnya akan dilaksanakan sebaik mungkin bukan sekadar memuaskan hati orang, tetapi sehingga memuaskan hati sendiri. Itulah sifat lelaki yang suka diberi tanggungjawab dan bertanggungjawab.

Tahniah buat semua jururawat lelaki yang mempunyai kriteria yang saya sebutkan ini. Kami memerlukan lebih ramai lagi jururawat hebat seperti anda semua di Malaysia. Pesakit bukan wanita sahaja dan bukan ibu-ibu bersalin sahaja.

Penghormatan ini khas buat semua jururawat lelaki di Malaysia. Hat off. 😊

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...