Skip to main content

Wanita dan Kasih Sayang

Kisah di hospital.

Ada bekas isteri yang masih setia kembali berkhidmat menunggu bekas suami yang terlantar tidak sedar.

Ada suami yang datang mahu membelasah isteri yang sedang terlantar tiada upaya.

Ada isteri yang terus pindah masuk ke rumah baru di sisi katil suami. Di situlah isteri berbaring, disitulah isteri solat, di ward itu jugalah isteri membersihkan diri. Setia menemani tidak kemana-mana sudah 2 minggu lamanya.

Ada ibu yang hampir 7 bulan lamanya bersabar menanti kesembuhan si anak kecil yang menderita.

Mereka yang setia menanti di sisi katil ini semuanya wanita. Ada isteri, ibu, kakak, adik, hatta bekas isteri sekalipun. Mereka tidak lagi memikirkan apa-apa. Tidak lagi memikirkan segala yang dulu dirasakan penting bagi diri. Hanya terus menanti, berdoa dan bersabar menantikan kesembuhan insan-insan yang disayangi.

Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mengembalikan nikmat kesihatan kepada mereka-mereka ini yang bersabar menjalani dugaannya.

Berikan kesembuhan kepada adikku ya Allah... Kuatkan hati dan dirinya menerima ujian-Mu. Kembalikan semula nikmat kesihatan kepadanya...

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...