Skip to main content

Anak Lebih Penting Dari Urusan Sendiri

"Ibu.. Jemur kain.."
"Ibu.. pakai tudung jemur kain.."
"Ibu.. letak handset kat atas.. jemur kain dulu.."

Gesa anakanda saya Afif pagi tadi minta saya letakkan handphone di partition di atas tv. Namun tak juga saya endahkan kerana terlalu asyik meneleku segala yang terpapar di skrin handphone.

Afif siap ambilkan tudung untuk saya dan disuruhnya saya pakai keluar menjemur kain.

Setelah beberapa minit melihat ibunya masih lagi menekan-nekan skrin handphone, akhirnya dia sendiri menguruskan kain baju yang belum berjemur itu semampu dayanya.

Bila selesai urusan dengan handphone, saya lihat sudah separuh baju-bajunya dan adik disangkut dan digantung. Melihat tingkahnya, terpukul jiwa saya.

Betapa saya terlalu mementingkan urusan saya berbanding permintaannya. Selalunya begitu. Kebiasaannya begitu. Saya terlalu mementingkan diri dan urusan jual beli saya berbanding memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak, terhadap permintaan-permintaan anak.

Akhirnya hati saya terhiris sendiri disebabkan kealpaan saya menguruskan amanah ini. Ya, anak-anak sayalah amanah ini.

Wahailah anak.. Maafkan ibu sebab selalu tak hiraukan kamu.. Selalu abaikan kata-katamu. Selalu tak memberi perhatian kepadamu. Maafkan ibu. Dalam tak sedar, rupa-rupanya anak ibu sudah mampu berdikari dan berusaha mengurus diri-sendiri. Ampunkanlah daku ya Allah kerana selalu lalai menguruskan amanah dan tanggungjawab yang Engkau berikan.

Sentiasalah pandu diriku supaya sentiasa sedar detik-detik dan saat-saat kritikal bersama-sama anak-anak yang telah Engkau amanahkan kepadaku. Supaya diri ini tidak terlepas momen-momen penting yang akan meninggalkan bekas di emosi dan jiwa anak-anakku.

Bantu dan pandu diriku menjadi ibu yang baik buat mereka...

Comments

Popular posts from this blog

Usah Berlama-lama Dalam Berduka

Saya seorang yang sangat susah nak move on. Masa arwah tok tak ada dulu hampir setahun saya masih tak boleh move on. Mourning, masih teringat-ingat, tak mampu nak teruskan belajar, saya quit. Selalu mimpikan arwah walau setelah bertahun lamanya arwah tak ada. Sayang nak tinggalkan kenangan. Saya nak hidup di dalamnya. Kerana pada saya, bila saya mula melupakan, seolah-olah saya mengkhianati apa yang pernah saya sayang. Akibat dari sikap ini, susah untuk saya ceria semula. Makan tahun lamanya saya bangkit dari terus berduka. Semua ini banyak mempengaruhi setiap keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya. Keputusan yang dibuat dipengaruhi emosi yang negatif... semangat yang hidup segan mati tak mahu... Membawa kepada keadaan yang lebih menyedihkan dan lebih banyak keburukan. Sedikit sedikit saya belajar. Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak pernah ada dalam perancangan. Bukan mudah bila kita merancang sesuatu yang kita anggap sempurna pada mata kita, akhirnya kita ...