Skip to main content

Anak Lebih Peka dan Prihatin daripada Ibu

Sejak jadi ibu yang berusaha mencari pendapatan sendiri ni, saya rasa saya sangat kurang peka terhadap anak-anak, suami dan orang sekeliling yang terdekat. Sama jugalah dengan diri-sendiri. Yang difikir hanya macam mana nak dapat sale. Macam mana nak dapat banyak lagi sale, nak tambah lagi untung jualan.

Malam tadi sebelum tidur, anak yang menyayangi saya ingatkan ibunya, "Ibu tak makan ubat lagi" MasyaAllah... how sweet anakku.. sayang benar dan peka benar dengan rutin ibunya ini. Sudah seminggu saya perlu mengambil antibiotik kerana selsema dan sakit tekak. Ini antibiotik yang kedua kerana antibiotik yang saya habiskan sebelum ini seperti kurang berkesan merawat selsema dan sakit tekak saya. Jadi saya perlu habiskan antibiotik yang ini mengikut tempoh dan waktu yang ditetapkan.

Sungguh saya lupa. Kami sudah tutup lampu mahu tidur, kemudian dia ingatkan saya. Bila anak buat sesuatu yang patut diraikan dan diberi penghargaan, berilah penghargaan yang sepatutnya dia terima. Saya terus ucapkan "Terima kasih Afif.. Ingatkan ibu.. Sayang Afif. Ibu pergi makan sekarang.."

Tersentuh benar hati ini. Saya kurang peka dengan anak-anak, kurang fokus kepada mereka, tetapi rupanya mereka sangat peka dan prihatin dengan aktiviti, tabiat dan rutin saya.

Ini teguran Allah buat saya, supaya ambil tahu, prihatin dan peka dengan setiap perbuatan dan perasaan anak-anak. Supaya menjadi ibu yang memberi sepenuh perhatian terhadap anak-anak walaupun sesibuk manapun saya, sesungguh manapun saya mahu mengejar impian saya.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...