Skip to main content

Kalau Dah Namanya Lelaki

Kalau dah namanya lelaki.

Bukan main si pesakit ni menyakat cik misi yang merawat. Tak  cukup dengan nurse, doktor-doktor muda berdahi licin pun turut diusiknya. Cun katanya.

Ada adik-adik di wad rehab yang mengusik doktor comel, "Fuh..Rasa macam nak duduk sini terus je.."

Seorang pesakit yang patah leher dan sebelah kakinya turut mencuba. Mentang-mentang bekas isterinya tiada di sisi menemani waktu itu. Dengan besar rasanya, dipelawa seorang cik misi manja keluar makan. Aku ada empat ribu katanya. Awak nak berjalan pun tak boleh abang. 😂 Layankan ajelah cik misi. Buat menghibur hati sendiri dan menghibur hati mereka.

Kakak ini menegur, "suka-suka je nak ngorat noh. Entah-entah bini orang." "Mana kahwin lagi.." Si adik membalas. "Boleh tau ke depa dah kahwin ke belum?", soal si kakak. "Tak pakai cincin." Jawabnya.

Hahaha.. tergelak saya. Rupanya itu caranya lelaki menapis perempuan yang mahu dicuba. Jika tersarung cincin di jari, maknanya perempuan itu sudah dimiliki. Jika tiada sebentuk cincin pun tersarung peluang besar tu. Agaknyalah.

Zaman sekarang dah tak boleh menilai status perempuan berpandukan ada atau tidaknya cincin dijari, dik. Ada perempuan bujang yang bijak mengurus hasil titik peluk dengan mengumpul barang kemas dan emas. Ada juga perempuan bujang tokay emas. Maka berbentuk-bentuklah dan berjenis-jenislah cincin di jari mereka. Rugi kan kalau tak cuba perempuan begini. 😜

Dan cik puan doktor dan cik puan misi, bolehkah mereka bercincin ketika sedang melakukan rondaan di wad ataupun ketika menguruskan pesakit? Etika dan peraturan berkenaan ini saya tak pasti. Tetapi seharusnya begitu.

Dan satu lagi contoh, kakakmu ini, tak ada pun cincin di jari. 😂

Kepada Encik Suami, cepat belikan isterimu cincin. Tak dapat cincin, belikan niqab pun ok. Lagi safe and secure.😉

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...