Skip to main content

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu.

---------------

Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif.

Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh.

Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bagi kat cikgu. Ibu bawa siap dengan pasunya sekali. Beria je masukkan dalam beg sekolah. Riak wajah cikgu seronok je nampak dapat bunga. Cikgu letakkan atas meja guru kat depan kelas.

Time balik sekolah, ibu minta balik bunga tu. Ibu cakap nanti mak saudara ibu marah. Cikgu dengan muka tak faham dan keliru pun bagilah balik bunga tu kat ibu. Berbunga-bunga je hati pagi tadi dapat sepasu bunga. Dah kena pulangkan balik. Ibu ingatkan bunga tu untuk hias kelas masa sambutan hari guru je. Ingat lagi bunga tu. Sejambak bunga raya hiasan warna merah menyala. Cantikla. Sorry cikgu dengan silap faham anak muridmu ini. Cerita ni ibu tak pernah reveal kat sesiapa kecuali hari ni. 😂

Ada lagi, hari guru masa sekolah rendah hadiah yang biasa kami bagi ialah sabun mandi. Lux ke, may ke.. Sanggup beli seketul bungkus elok-elok siap reben. Bagi kat cikgu. Ibu pun tak faham apa motif bagi sabun mandi. Trend. Ikut kakak-kakak seniorla masa tu. Kad ucapan hari guru pun ada bagi. Buat sendiri. Tapi lupa dah selalu tulis apa dalam tu.

Masa sekolah menengah kurang dah terlibat dengan gejala bagi hadiah kat cikgu personally. Semua diaturkan dengan kawan-kawan kelas je. Tapi ada satu peristiwa ibu tak lupa. Ada satu hari kami ada hari sukan main bola baling dengan cikgu. Team boleh pilih sendiri. Lastly team ibu berentap dengan team cikgu-cikgu. Main punya main, gasak punya gasak, tersakitlah jari ibu bertembung dengan cikgu. Sambung main sambil tahan sakit jari. Kebas. Dah tamat masa bermain, macam biasa salam-salamlah semua. Magik, bila ibu salam je tangan cikgu yang "accident" tadi, hilang terus sakit jari. Tak kebas lagi. Ini pun ibu tak pernah cerita kat sesiapa kecuali hari ini.

Itulah nak cerita, cikgu ni sebenarnya keramat juga. Mereka menghabiskan hampir separuh umur belajar hanya untuk mengajar kita supaya cukup terajar dan tidak kurang ajar. Satu yang saya belajar, wujudnya insan bernama guru atau cikgu ni, mengajar kita tunduk dan hormat pada manusia lain sedari awal usia. Bukan meninggi diri olah firaun sentiasa.

Selamat hari guru semua. Kita semua guru buat orang yang mahu memerhati dan belajar mengambil sedikit kebaikan yang ada pada diri masing-masing. Saling belajar dan mengajar.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe