Skip to main content

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya.

Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya.

Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya.

Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah.

Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana perkembangan fizikal dan bahasanya agak lambat jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya. Bimbang dibuli juga.

Saya berkongsi dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Memang mereka takkan faham kerana mereka semuanya bekerja. Dari anak-anak berumur dua, tiga bulan sudah mereka hantarkan kepada pengasuh untuk menjaga. Tapi tidak saya, yang tak pernah berpisah langsung walaupun sehari. Sangat-sangat mengganggu rasa.

Tapi bila memikirkan anak saya tetap akan membesar dan perlu meningkatkan kemahirannya bersosial dan bergaul dengan masyarakat, saya kuatkan hati untuk redha melepaskannya ke sekolah. Setiap hari saya berdoa semoga Allah memelihara dan melindunginya bila dia jauh dari mata saya. Semoga orang-orang di sekelilingnya baik-baik sahaja.

Hari pertama menghantarnya ke sekolah, menangis dia tak mahu ditinggalkan. Tapi cikgu-cikgunya yang sabar dan berpengalaman sangat bijak menarik perhatian. Hari kedua tiada lagi dramanya. Saya dapat lihat keseronokannya untuk ke sekolah bermain bersama kawan-kawan. Akhirnya saya sendiri gembira dengan perkembangannya.

Ada seorang kenalan di kejiranan saya menghubungi saya melalui whatsapp setelah seminggu anak saya bersekolah. Sekadar berkongsi pengalaman pertamanya menghantar anaknya ke tadika. Katanya dia juga seperti saya dulu. Takut kehilangan kasih dan perhatian anaknya. Namun setelah anaknya bersekolah, sebaliknya yang terjadi. Anaknya menjadi semakin manja.

Itu jugalah yang terjadi kepada anak saya. Pulang sahaja dari sekolah, tak mahu disalamnya saya. Tapi masuk sahaja ke dalam rumah, dimintanya saya mendukungnya. Allah... Kasih sayang ibu dan anak tak akan terputus. Tiada kasih manusia lain yang mampu menandingi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Setelah difikir-fikirkan, mungkin berkat saya sendiri menjaganya selama ini, menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, memeluknya setiap hari dan membisikkan padanya "ibu sayang Afif" berkali-kali setiap hari yang membuatkan saya masih yang pertama di hatinya.

Sekarang ini, jika dia katakan "Afif sayang cikgu", saya berpura-pura merajuk dengan mengatakan, "oh..sayang cikgu jelah?" Dibetulkannya semula, "Afif sayang cikgu dengan ibu..."

Alhamdulillah...

Saya belajar, bula sampai masanya untuk anak belajar satu lagi kemahiran hidup yang baru, izinkanlah dia belajar. Kerana akhirnya dia akan dewasa dan saya tidak akan mampu selamanya menjaga. Iringilah dia dengan doa dan redha. Saya akan bahagia bila melihat dia mula berkembang mahir bersosial dan bergaul dengan semua orang di sekelilingnya. Saya akan bangga melihat apa yang dicapainya sedangkan dulu saya tak yakin untuk melepaskannya.

Bila tiba masanya, izinkanlah dia mencuba lakukan yang terbaik demi masa depannya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib