Skip to main content

Panduan Memilih Permainan Untuk Anak 0-3 Tahun

Saya percaya pasti ibu-ibu teruja apabila melihat lambakan permainan edukatif di pasaran. Bukan sahaja di shopping complex atau kedai menjual barang permainan, malahan di facebook dan instagram juga meriah banyaknya.

Kalau boleh mahu dibeli semua untuk anak-anak tercinta. Bagi ibu-ibu yang mempunyai peruntukan lebih, anak-anaknya pasti mempunyai koleksi permainan yang bermacam-macam di rumah. Sampai terbuang atau bersepah tidak tergunakan kebanyakannya.

Tetapi adakah anak-anak kita perlukan kesemua permainan-permainan itu?

Ini adalah panduan yang ibu-ibu boleh gunakan untuk ibu-ibu memilih permainan yang penting dan bermanfaat untuk anak-anak pada peringkat awal.

1. Pilih permainan yang menambah kosa kata
Antara permainan yang menambah kosa kata anak-anak adalah permainan yang bertemakan buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan. Umur yang sesuai untuk diberikan permainan bertema ini adalah ketika anak berumur 0-3 tahun. Ketika bermain, ajarkan anak-anak menyebut bunyi. Contohnya, jika sedang memegang gambar epal, sebutlah "emm...sedap.." ataupun jika memegang gambar kucing, bunyikan "meow..meow.."

2. Elakkan permainan berunsur akademik
Untuk anak yang berumur 0-3 tahun, seboleh-bolehnya elakkan permainan yang berunsurkan akademik seperti abc, 123, Alif ba ta. Pembelajaran akademik hanya sesuai diperkenalkan ketika anak berumur 4 tahun ke atas. Fokuskan pada perkembangan kemahiran anak-anak dahulu seperti yang saya kongsikan di sini. Setelah anak sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik bagi setiap kemahiran, bolehlah perkenalkan dengan pembelajaran akademik.

3. Ajarkan Konsep
Antara konsep yang boleh diajar adalah warna, bentuk, dan saiz (panjang/pendek, besar/kecil).

4. Permainan yang mengasah kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan.
Terdapat banyak pilihan permainan yang membantu perkembangan motor halus anak-anak. Antaranya, knob puzzle, lacing beads, lacing hijaiyyah, first busy bag, rainbow busy bag, cognition puzzle, el-hana busy book, car bead maze, dan banyak lagi pilihan permainan lain.

5. Permainan Role Play/Pretend Play yang menggalakkan anak-anak berimaginasi
Permainan role play/pretend play ini memang biasa pada kita anak-anak 80 an dan 90an. Bermain masak-masak, combat, bermain konduktor bas dan penumpang bersama kawan-kawan. Tetapi zaman gajet ini, permainan role play semakin pupus di kalangan anak-anak mungkin kerana ketidakhadiran ibubapa semasa anak bermain juga menyumbang kepada masalah ini. Mulakan dengan permainan mudah yang dilihat setiap hari oleh anak-anak, contohnya rumah mainan yang terdapat alatan/perabot di dalamnya. Alatan memasak, ataupun alatan mengemas rumah, alat penjagaan diri seperti berus gigi, sikat. Selain itu, mainan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan juga boleh digunakan di dalam pretend play ini. Cari permainan begini dan bermainlah bersama-sama anak ibu-ibu budiman semua. Antara permainan yang boleh digunakan di dalam pretend play ialah Rail Overpass, dan Role Play Suitcase.

Peringkat awal bermain, tumpukan kepada pengkayaan kosa kata dan perkenalkan bunyi. Kemudian boleh maju setapak lagi kepada pengenalan konsep (saiz, warna, bentuk), kuantiti, kemudian kepada permainan yang memerlukan peranan (role play) dan imaginasi. Pada peringkat ini kita sudah boleh masukkan unsur logik dan reasoning ketika anak-anak bermain.

Semoga ianya membantu ibu-ibu memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak kesayangan ibu-ibu semua.😊

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe