Skip to main content

Pro dan Kontra Permainan Elektronik

Perkembangan industri permainan dan pendidikan kanak-kanak dilihat semakin pesat sekarang. Sudah banyak permainan dan alat bantu mengajar yang bermacam-macam di pasaran. Antaranya buku-buku elektronik dan juga smart pen.

Saya sendiri turut menjual Ebook Islamik dan Smart Pen Upin Ipin yang mendapat permintaan tinggi dari ibu bapa. Persoalannya, adakah buku-buku elektronik dan smart pen ini membantu pembelajaran anak-anak kita?

Sebenarnya, tidak salah untuk memberikan anak-anak alat bantu mengajar elektronik seperti ini, syaratnya anak perlu menggunakannya dengan pengawasan ibu bapa. Pastikan juga anak tahu cara menggunakannya dengan betul, bukan sekadar kerana teruja mendengar bunyi-bunyian yang dikeluarkan sahaja.

Jika anak sudah boleh fokus dan faham apa yang diterangkan oleh ebook ataupun smartpen itu, tiada masalah untuk membiarkan mereka menggunakannya.

Biasanya, hanya anak yang berumur 4-5 tahun sahaja sudah mula faham mengenai cara penggunaan alat bantu mengajar elektronik ini. Anak yang sudah berumur 4-5 tahun juga sudah boleh diperkenalkan dengan pembelajaran akademik.

Sekiranya anak masih belum mampu memahami cara penggunaan alat bantu mengajar elektronik ini, seboleh-bolehnya elakkan penggunaannya ataupun gunakan dengan pemantauan ibu bapa.

Jika anak ibu-ibu disahkan mempunyai masalah pertuturan ataupun speech delay, seboleh-bolehnya elakkan dahulu pemberian alat bantu mengajar elektronik sehingga anak sudah semakin baik perkembangan pertuturan mereka.

Apa sahaja permainan ataupun alat bantu mengajar, semuanya tidak bermakna jika ibu bapa tidak hadir sama bermain dengan anak-anak. Kehadiran ibu bapa sangat membantu perkembangan anak-anak ketika bermain, dari sudut emosi terutamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe