Skip to main content

Cara Ajar Anak Membaca

Teks: Salena Shafiee

Seperti kebanyakan ibu-ibu lain, saya juga teruja untuk mendidik anak sulung mengenal huruf dan membaca. Tetapi satu kerisauan saya ialah, saya tak tahu bagaimana nak mula. Saya bukanlah seorang guru, tidak mempunyai asas dalam pendidikan awal kanak-kanak, tiada pengalaman mengajar kanak-kanak seperti guru tadika waima tidak pernah pergi ke mana-mana kursus untuk mengajar anak membaca.

Awal-awal dulu saya terfikir juga bagaimana cara untuk mengajar anak membaca? Setelah berkecimpung dalam bisnes edutoys dan bahan bantu mengajar ini, dan dengan sedikit bacaan daripada perkongsian mereka-mereka yang pakar dalam bidang ini seperti Puan Nik Eliani dan Puan Mastura, akhirnya saya menemui satu kaedah untuk mengajar anak membaca dengan cara yang sangat pantas, mudah dan enjoy.

Kaedah bacaan ini ialah kaedah phonic iaitu kaedah bacaan secara gabung bunyi. Sebenarnya kita membaca dengan cara menggabungkan bunyian setiap huruf. Bukan menggabungkan nama huruf. Mengikut kaedah ini, anak-anak diajar dan diperkenalkan dengan bunyi huruf terlebih dahulu. Apabila anak-anak sudah menguasai bunyi setiap huruf, barulah diajarkan cara menggabungkan bunyi.

Pada mulanya saya tak yakin mampu mengajar, tapi apabila mencuba sendiri, alhamdulillah saya nampak sedikit demi sedikit perkembangan anak saya menguasai kaedah bacaan ini. Saya cuma perlu sabar dan konsisten tanpa perlu memaksa. Cuba tarik minat anak dengan menunjukkan yang kita  sendiri juga sentiasa membaca.

Set buku Bacalah Anakku adalah produk pertama yang saya beli pada awal pembabitan saya sebagai penjual permainan edukatif dan buku-buku kanak-kanak. Selain itu saya juga turut membeli set Readeasy untuk mengajar anak membaca dalam bahasa Inggeris dan Al-Furqan sebagai langkah pertama untuk mengajar anak membaca al-quran.

Apa yang menarik dengan set buku Bacalah Anakku ini, ianya dibahagikan kepada 8 buah buku mengikut tahap penguasaan. Bermula dengan buku 1 dan boleh beralih ke buku seterusnya apabila anak memperolehi pencapaian mengikut skala yang ditetapkan. Di belakang setiap buku ada disertakan senarai semak untu menentukan tahap penguasaan anak. Sangat mudah untuk memastikan samada anak sudah menguasai setiap tahap.

Pada mukasurat hadapan, disediakan panduan mudah kepada ibubapa sebelum mula mengajar anak membaca. Hanya perlu memahami panduan yang disediakan dan mula mengajar. Sangat-sangat mudah. Turut disediakan dakam set buku Bacalah Anakku ini adalah sebuah buku panduan mengajar. Cuma baca dan fahami apa yang diterangkan sebelum mula mengajar.

Selain itu terdapat produk sampingan yang lain sebagai bahan bantu mengajar. Antaranya poster Bacalah Anakku, VCD lagu Abu Ada Ayam dan juga kad imbas. Boleh juga dapatkan Pakej Bestari Bacalah Anakku yang lebih lengkap.

Apa yang lagi menarik, video panduan mengajar dan video panduan menyebut bunyi huruf turut disediakan. Link untuk menonton video-video ini disertakan sekali dalam set buku Bacalah Anakku ini. Ia boleh ditonton pada bila-bila masa sahaja.

Saya sangat sarankan set buku Bacalah Anakku ini kepada semua ibu-ibu yang berniat untuk mengajar anak membaca sendiri. Satu kepuasan dan kebanggaan apabila anak boleh membaca atas usaha saya mengajarnya. Semoga ianya juga dikira sebagai amal yang baik dan berpanjangan. 😊

Jika berminat mendapatkan set buku Bacalah anakku ataupun produk-produk dari ReadNetwork seperti set Readeasy dan Al-Furqan, bolehlah hubungi saya di 0124989860.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe