Skip to main content

Bersalin Anak Pertama Episod 2


Malam pertama sebagai ibu dan anak, saya panggil nurse, dan beritahu saya tak pandai susukan anak. Nurse kemudian bawa anak saya pergi. Mungkin mereka memberikan anak saya susu formula. Setelah lebih kurang sejam anak saya dibawa semula kepada saya.

Sungguh, saya tak tahu langsung apa yang perlu saya lakukan dengan anak saya. Nyenyak benar tidurnya mungkin disebabkan kekenyangan. Pesan nurse perlu tunggu baby kencing dan beraknya sudah mula kuning baru boleh discaj. Ikut logik pemikiran, saya pun cek diaper anak kecil ini. Ya, sudah mula kencing, berak pun sudah tapi masih kehijauan lagi. Tiba-tiba si kecil muntah susu. Saya lap dan salin bajunya. Biarkan dia tidur semula.

Esoknya ketika doktor datang melawat saya katakan yang anak saya muntah malam tadi. Sebelum itu ada nurse berikan susu kepadanya. Mungkin untuk memastikan anak saya benar-benar sihat, doktor memindahkan kami ke wad paediatrik.

Akibatnya, saya terpaksa berada selama 3 hari di hospital. Walhal, anak saya sebenarnya hanya muak kerana terlebih susu. Kebetulan, anak saya demam pada hari kedua. Suhunya dipantau. Dan di wad paediatrik itulah saya diajar cara memegang anak dan menyusukannya dengan betul. Ada juga hikmahnya.

Hari kedua anak saya mula meragam minta disusukan. Saya pula masih sakit dan tak mampu duduk dengan elok dek luka yang agak teruk. Luka 3rd degree memang memeritkan ibu-ibu yang baru melahirkan. Masalah baru, saya mempunyai inverted nipple ataupun istilah Melayunya, puting buta. Bila bermasalah begini, mulut anak susah untuk melekap dengan baik (latch) ketika menyusu. Akibatnya anak saya menangis kelaparan tambahan pula dia demam akibat suntikan yang baru diterima sejurus kelahirannya semalam.

Mujur ada nurse yang tak putus-putus memberi sokongan dan bantuan. Alhamdulillah, esoknya kami dibenarkan pulang apabila suhu badan anak saya mulai turun.

Sepanjang seminggu berpantang, saya banyak stress, kecewa dengan diri-sendiri, sedih mengenangkan anak yang lapar namun tak dapat menyusu dengan baik disebabkan masalah saya. Seminggu itulah saya gigih mengepam susu dengan pam manual dan pam berbateri dalam keadaan masih sakit tidak mampu duduk dengan baik. Kedua-duanya berjenama Pureen. Ibu-ibu yang biasa dengan pam susu pasti tahu ketidakselesaan menggunakan pam Pureen. Sakit. Namun saya gagahkan demi mengisi perut anak tercinta.

Kebetulan saya berpantang ketika musim hujan di hujung tahun. Saya meminta bantuan dan pendapat kawan-kawan di mana boleh saya dapatkan rawatan untuk masalah puting buta saya supaya saya boleh menyusukan anak saya seperti ibu-ibu lain. Seorang kawan mencadangkan saya ke kampungnya berurut dengan seorang nenek, bidan lama.

Kampungnya tidak jauh dari kampung saya, kira-kira 15 minit perjalanan sahaja. Hujan rintik-rintik saya gagahkan jua. Lopak air hujan di celah-celah akar getah juga saya redah sahaja. Sesampai di rumah bidan tersebut, saya memberitahunya masalah saya. Alhamdulillah dia sudi membantu. Diurutnya, dan diajarkannya juga cara-cara mengurut sendiri supaya puting akhirnya keluar.

Saya tidak berputus asa demi anak tercinta. Selama dua minggu saya bersabar walau ada juga hari menitisnya air mata. Sehingga melecet berdarah tetap jua saya suakan pada anak supaya dia kekenyangan tanpa susu formula. Setelah dua minggu akhirnya anak saya dapat menyusu dengan baik.

Dek kerana melanggar pantang, akhirnya saya terpaksa berjumpa seorang bidan lama yang lain untuk mengurut setelah anak saya berumur 3 bulan. Setelah diurut sekali lagi, barulah saya dapat bergerak sihat seperti biasa. Katanya rahim saya turun.

Buat adik-adik yang bakal berkahwin dan bergelar ibu, galilah ilmu mengenai kelahiran, penyusuan dan kesihatan ibu dan anak. Bukan sekadar mencari baju-baju yang comel ataupun makanan-makanan pelik buat mengidam. Kerana ilmu itulah yang akan membimbing kita melakukan perkara yang betul dan terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe