TEKS: Salena Shafiee
Playdoh ataupun plastisin memang kegemaran anak-anak. Ia juga sangat baik untuk menguatkan otot-otot jari yang halus dan comel tu.
Kebiasaannya anak-anak diberikan playdoh sebelum memasuki fasa memegang pensil dan sebelum mula belajar menulis. Kalau anak masih belum mahir memegang pensil, nasihat yang selalu diberikan ibu-ibu yang lebih berpengalaman adalah, berikan anak-anak bermain playdoh.
Kerisauan yang melanda ibu-ibu yang prihatin ialah, bahan-bahan yang digunakan di dalam penghasilan playdoh komersil. Pewarna dan bahan kimia yang digunakan mungkin membahayakan anak-anak yang bermain dengannya.
Fitrah anak-anak, mesti nak masukkan sesuatu yang baru pernah dilihat ke dalam mulut kan? Apatah lagi playdoh yang berwarna-warni tu memang kelihatan menarik dan sedap.
Penyelesaiannya? Buat sendiri playdoh untuk anak-anak menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur rumah sahaja. Selamat dan tak perlu risau lagi membiarkan anak-anak bermain playdoh tanpa pengawasan.
Jom, saya kongsikan resipi playdoh diy. Resipi playdoh ni memang best. Doh yang terhasil sangat lembut dan mudah dibentuk.
---
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan garam halus
4 sudu cream of tartar
4 sudu minyak
Cara-caranya:
Campur kesemua bahan-bahan tu, kacau sampai tepungnya tak berketul.
Panaskan atas api dengan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat. Kacau sampai air kering dan tepung masak.
Ketika masih panas, asingkan ikut portion yang kita nak. Titiskan pewarna.
Dah suam agak boleh dipegang, uli sampai warna sebati dan dapat doh yang lembut.
Simpan di dalam bekas kedap udara. Boleh uli dengan sedikit minyak masak bila tekstur playdoh ini mula berubah.
---
Playdoh yang saya buat tahan sehingga 3-4 minggu pada suhu bilik.
Boleh kongsikan feedback ibu-ibu jika sudah mencuba resipi playdoh ini ye. Semoga bermanfaat.😊
Comments
Post a Comment