Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang sudi membaca perkongsian saya di blog ini.
Saya Salena Shafiee, dilahirkan di Pulau Pinang dan kemudiannya dibesarkan di Batu Kurau, Perak oleh nenek saya. Saya dibesarkan oleh nenek sehingga tamat sekolah menengah.
Pendidikan awal bermula di SK Kampung Gudang dan SMK Jelai, Batu Kurau. Kemudiannya saya menyambung pelajaran ke peringkat diploma dan seterusnya ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan Minor dalam Perundangan Makanan Islam.
Saya pernah bekerja di beberapa buah syarikat swasta sebelum menamatkan zaman bujang dan menjadi surirumah sepenuh masa. Pengalaman kerja saya tidaklah banyak kerana saya memilih untuk keluar dari bidang pekerjaan setelah berkahwin. Saya pernah bekerja sebagai Juruteknik Analisis di sebuah kilang elektronik, Penasihat Kesihatan di Watson's Personal Care Store dan Juruteknik R&D di KRAFT Food Manufacturing kesemuanya di Pulau Pinang.
Kini, saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak syurga (semoga Allah berikan lebih ramai ahli dalam keluarga kami, insyaAllah) yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis buku terutamanya buku-buku keibubapaan, motivasi dan agama. Saya juga turut menjual permainan edukatif dan bahan bantu mengajar yang insyaAllah bermanfaat untuk anak-anak ibu-ibu yang budiman sekelian.
Semoga perkongsian saya di blog ini memberi manfaat buat anda yang membaca.
Salam perkenalan. 😊
Comments
Post a Comment