Skip to main content

Boleh jadi pengasuh anak saya?

Bila jadi suri rumah sepenuh masa, mungkin disalahtafsir orang sekeliling bahawa kami sedia menerima anak asuhan.

Saya pernah melalui situasi ini. Dua orang jiran pernah bertanyakan kesediaan saya sekiranya diminta menjadi pengasuh anak mereka.

Jika diambilkira dari segi kewangan, ya sememangnya kami memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan setiap bulan.

Namun, bila diminta untuk mengasuh anak ibu-ibu lain, wang jadi isu kedua. Terus terang saya katakan saya tak rela. Bagaimana saya tak rela anak-anak saya dijaga orang lain, begitu jugalah tak relanya saya menjaga anak ibu-ibu lain.

Saya tahu saya tak mampu menjaga anak-anak ini dengan baik. Saya tahu saya takkan mampu memberikan kasih sayang dan perhatian seadilnya pada anak-anak ini kerana saya juga punya darah daging yang perlu dilayani.

Tak mahu saya menghadapi risiko sekiranya berlaku apa-apa terhadap anak-anak ini. Biasalah anak-anak. Aktifnya dan sifat ingin tahunnya mendorong mereka menjadi berani. Bimbang terlepas dek pandangan mata lalu mereka mendapat kecederaan, saya pula yang dipersalahkan.

Cukuplah menjaga anak-anak sendiri, itupun terkejar-kejar saya menguruskan masa dan mencari secebis tenaga. Itupun masih tak mampu saya aturkan dan uruskan dengan baik, mana mungkin mampu saya tambah dengan menjaga anak-anak ibu-ibu lain?

Suami juga tidak memberi izin. Adanya saya di rumah setiap masa buat suami mampu menarik nafas lega. Ke mana dan bila kami mahu pergi, tidak perlu menunggu masing-masing mendapat cuti. Saya dan anak-anak sedia menanti bila-bila sahaja suami ingin bercuti. Tiada komitmen perlu menjaga anak-anak ibu-ibu lain di hari cuti.

Permintaan jiran-jiran ini saya tolak dengan terus-terang. Saya tak berani menjaga anak orang. Biarlah tiada wang masuk ke poket setiap bulan, asalkan saya selesa meneruskan kehidupan dengan keluarga sendiri.

Ada juga yang seolah tidak berpuas hati kerana keengganan saya menjadi ibu asuhan anak mereka. Bukanlah saya meninggi diri, tapi respons sebegini buat saya lagi tekad untuk menolak.

Fahamilah pilihan masing-masing. Jika wang yang saya utamakan, pasti sudah lama saya kumpul anak-anak jiran untuk diasuh dirumah yang sederhana luasnya ini. Biarlah tak terurus, terabai asalkan poket saya tebal. Tapi kerana risaukan kebajikan anak-anak ini saya abaikanlah saya putuskan untuk menolak.

Buat ibu-ibu yang bekerja, yang memerlukan pengasuh, hargailah pengasuh anak-anak ibu-ibu semua. Mereka adalah ibu kedua anak-anak anda. Berterima kasihlah sentiasa. Sekiranya mempunyai jiran yang tidak bekerja, suri rumah sepenuh masa, hormatilah pilihan mereka.

Semoga ibu-ibu yang anak-anaknya terpaksa diletakkan di bawah jagaan pengasuh mendapat pengasuh yang ikhlas menjaga dan menyayangi anak-anak ibu-ibu semua.

Comments

Popular posts from this blog

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d

Anakku Guruku

Anak adalah guru. Sering kita dengar, ibu adalah guru pertama anak. Ini benar. Seorang ibu memang merupakan guru pertama anak-anaknya. Apabila mendapat anak pertama, saya sedar, anak inilah bakal menjadi guru saya yang mengajar saya menjadi seorang ibu. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu kelahiran, disebabkan pengalaman trauma melahirkannya, mengajar saya mendalami ilmu mengenai kelahiran. Cara melahirkan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan. Saya tak pernah tahu mengenai ilmu penyusuan. Tak pernah bayangkan pun yang akhirnya saya akan menyusukan anak. Disebabkan kesusahan saya untuk menyusukannya, saya dalami ilmu penyusuan. Rupanya ada ibu-ibu yang tak mampu menyusukan anak sesudah lahirnya anak ke dunia. Rupanya masalah flat nipple/inverted nipple itu wujud. Baru saya tahu. Saya tak pernah tahu cara mengendalikan si tubuh kecil ini. Tangan saya keras, tak pernah saya jaga seorang bayi walaupun adik sendiri. Dia mengajar saya cara mendukungnya, cara memandikannya, cara menghib

Ragam Ibu Melepaskan Anak Bersekolah

Setelah berkahwin, saya tak pernah lagi keluar bekerja di luar. Apabila anak kami lahir, saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Tak pernah berjauhan langsung dengannya. Hubungan kami sangat rapat. Kasih di hati juga sangat kuat. Dari kecil saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya, segala-gala untuknya saya lakukan sendiri dengan tangan saya. Saya mahu dia terus merasakan kasih sayang saya mengalir dalam dirinya. Disebabkan itu, beberapa bulan sebelum anak sulung saya bersekolah, saya sangat risau sehingga terasa seolah-olah akan kehilangannya, hilang kasih sayang dan cintanya. Risau tumpuannya akan beralih kepada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya. Ikutkan hati, mahu saja saya homeschool anak saya ini. Biar dia sentiasa berada di depan mata saya. Namun, sedar kekurangan diri dari segi sumber dan kewangan, saya terpaksa merelakan dan melepaskan juga anak saya ini ke dalam jagaan cikgu-cikgunya di sekolah. Selain itu, saya turut risau anak saya akan ketinggalan kerana pe