Satu sikap Afif yang selalu buat ibu rasa kena "smash", bila ibu lambat sediakan makanan, dia sendiri akan pergi ambil periuk nasi, ceduk beras, basuh dan letak atas dapur. Cuma belum pandai buka api dapur je lagi.
Tengahari ni dia ambil telur puyuh pula. Nak buat sambal agaknya. Suruh ibu masak dari semalam tapi ibu tangguh tak masak lagi. Telur dah siap rebus tinggal nak buat sambal sahaja lagi.
Janganlah selalu tampar ibu anakku. 😭
Mungkin Afif ada kekurangan jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan sebanyanya. Ya, Afif kurang vocabulary, masih kurang fasih berbual secara dua hala. Perkembangan fizikalnya agak lambat dibandingkan dengan anak-anak lain. Setahun setengah baru boleh berjalan. Ibu senang hati saja bila Afif lalui fasa merangkak yang lama.
Tapi yang pasti Afif anak yang baik. Kata cikgunya, Afif bijak, punyai logical thinking. Ada anak-anak yang lancar berbual tapi belum punyai logical thinking.
Dan Afif tetaplah anak ibu biar apa pun kurangmu. Hanya ibu yang tahu kelebihanmu yang selalu menyentuh hati ibu.
Hari ini ibu makan sambal telur puyuh air tangan Afif lah nampaknya. 😄
Begitulah anak-anak. Hadirnya membawa tak terhitung banyaknya rahmat dan kebahagiaan. Hanya mata hati ibu bapa yang kadangkala buta melihat nikmat kurniaan Tuhan lantas tegar benar untuk menafikan dan tak mensyukuri segala kurniaan. Bila hilangnya rasa bersyukur, di situlah bermulanya pengabaian amanah yang Allah pinjamkan.
Comments
Post a Comment