Enam tahap perkembangan kemahiran anak yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa:
1. Kemahiran eye-contact
Kemahiran ini perlu diperhatikan dari anak berumur 0-1 tahun. Perhatikan sama ada anak boleh memandang kita ataupun memerhatikan apa yang sedang kita lakukan.
2. Kemahiran daya tumpuan (menumpukan perhatian) / attention
Perhatikan samada anak-anak mampu memberi perhatian terhadap penerangan ibu bapa mengenai sesuatu yang baru bagi mereka, ataupun ketika bermain. Adakah mereka memberi tumpuan ketika bermain ataupun ketika terlibat dalam apa-apa aktiviti?
3. Kemahiran mengambil giliran
Kemahiran mengambil giliran ketika bermain ataupun melakukan aktiviti bersama-sama. Ini menunjukkan anak memahami dan mampu bekerjasama ketika melakukan apa-apa aktiviti dengan rakan-rakan/adik-beradik/ibu bapa.
4. Kemahiran meniru
Terdapat banyak kemahiran meniru yang boleh dipelajari anak-anak. Antaranya, meniru perbuatan/gaya, meniru mimik muka, dan kemahiran meniru yang paling sukar adalah kemahiran meniru percakapan. Pastikan anak-anak mempunyai kemahiran meniru sepanjang perkembangan mereka.
5. Kemahiran menyesuai/memadankan
Terdapat empat jenis kemahiran menyesuai iaitu kemahiran menyesuaikan objek dengan objek, kemahiran menyesuaikan objek dengan gambar, kemahiran menyesuaikan gambar dengan gambar dan kemahiran menyesuaikan gambar dengan gaya. Contohnya apabila melihat gambar epal di dalam buku, anak boleh mengenali bahawa objek di dalam buku itu adalah sebiji epal.
6. Kemahiran bermain
Kemahiran bermain ini termasuklah permainan atau aktiviti yang memerlukan penggunaan motor kasar dan juga motor halus. Pastikan anak-anak melalui perkembangan motor kasar dan motor halus mengikut tahap umur mereka.
Sekiranya didapati anak-anak mempunyai masalah berkenaan kemahiran-kemahiran ini, rujuklah segera kepada doktor/pakar untuk mereka lakukan penilaian terhadap anak-anak ibu-ibu sekelian.
Comments
Post a Comment