Skip to main content

Posts

Suami Isteri Tua

Isteri, berbuat baiklah kepada suami. Suami, berbuat baiklah kepada isteri. Isteri, jagalah diri. Suami, jagalah diri. Jagalah kesihatan masing-masing. Jika dipanjangkan umur, bila tua nanti, kalian saling memerlukan, saling bergantungan. Tiada yang paling dekat akan setia meneman menghulur bantuan selain pasangan. Antara cebisan kisah hidup yang direnungi di hospital semalam. --- MAKCIK 1 Ramah benar menegur mak saya ketika kami menunggu di kerusi di jabatan kecemasan. Umurnya pertengahan 60-an. Sedang menunggu suaminya yang sedang diperiksa di wad kecemasan dek luka kemerahan kaki suaminya kerana menghidap kencing manis. Mereka datang ke hospital ditemani anak saudaranya. Suaminya berusia lebih 70 tahun tapi masih kuat bekerja. Selepas bersara, pernah mengusahakan penternakan lembu namun tak begitu menjadi. Kemudian diusahakan pula menanam sawit dan terus mengerjakan ladang sawitnya sehingga sekarang. 20 tahun lalu, suaminya diserang sakit jantung. Katanya, doktor hanya  ...

Geng Kutip Duit Raya

Assalamualaikum.. kami datang nak raye!!! Assalamualaikum.. Kami datang nak raye!!! Assalamualaikum.. Kami datang nak raye!!! Berkali-kali beri salam.. memang lebih dari 3 kali lah. Kita diam-diam je dalam rumah sebab memang tak ready nak terima tetamu pun. So salam pun tak bersahut. Dah berkali-kali diorang bagi salam, kita pun fikir balik. Alah.. Budak-budak ni datang nak kutip duit raya je.. just bagi duit jelah kat diorang. Takyah panggil masuk.. Tengok wallet ngam je ada 4 ringgit. Yang lain not 10,20. Macam mana ni.. ok takpe, niat sedekah je. Pastu sorang budak yang paling besar cakap kat afif yang kebetulan tengah  main kat depan rumah, "Panggil mak jap. Panggilla mak.. Kitorang datang nak raye.." Kita hendap je kat tingkap. Afif pun lari masuk suruh p jumpa kawan-kawan dia yang duk tunggu depan pagar tu. Oklah, ambilla sorang seringgit. Pass kat Afif suruh bagi kat bebudak tu. Sekali bila diorang tengok afif bawa duit, dilaungnya kat kawan-kawan yang dah lepas k...

Selamat Hari Guru

Ini catatan saya mengenai hari guru sebulan yang lalu. --------------- Hari ni hari guru. Tak amik port sangat sebab banyak benda lain nak difikirkan sebulan dua ni. Pagi ni baru sedar, eh anak ibu dah sekolah. Ibu pun ada join group kelas dia. Ramai yang wish hari guru kat cikgu-cikgunya pagi tadi. Ibu dah kena berkecimpung balik dah dengan sambutan hari guru ni. Sorry cikgu takde prepare apa-apa untuk kalian.. Ucapan selamat hari guru je sempat sediakan untuk cikgu-cikgu Afif. Sebut pasal hari guru, teringat ibu masa kecil-kecil dulu. Darjah 1 ke 2 tak ingat.. Masa tu ibu memang tak cerdik. Tak faham kenapa kena pergi sekolah. Sampailah satu hari iaitu sambutan hari guru. Hari sebelumnya, guru kelas ibu ada pesan hari guru boleh bawa apa-apa untuk bagi hadiah pada cikgu. Bunga pun boleh. Balik rumah ibu beria nak bawa bunga bagi kat cikgu esoknya. Mak saudara ibu cakap tak payah.. Bunga tu untuk letak kat rumah.. hias kat rumah.. bukan untuk bagi kat cikgu. Tapi ibu bawa juga bag...

Bila Ayah Jaga Anak

Bila ayah jaga anak. 😜 Ini gambar sebulan yang lalu. Sebelum ni kami tak pernah beli langsung cornflakes/kokocrunch atau apa-apa bijirin sarapan untuk disuap ke mulut afif atau adiknya. Sebabnya memang taknak ajar, dan bukanlah bagus untuk kesihatan sangat sebab kandungan gulanya yang tinggi. Budak-budak tak perlu pun gula banyak-banyak. Biskut pun sangat jarang dibeli. Anak-anak pun biasa minum air putih je. Sebab saya sendiri jarang bancuh air manis. Suami balik rumah kena hidang air? Tidak bagi saya. Dulu-dulu buat juga. Sekarang dah tak bancuh melainkan ada permintaan. Tu pun sangat jarang. Kalau dia nak, biasanya dia buat sendiri ikut selera dia. Katanya air yang dia bancuh tu sedap..😜 Takpun dia tapau teh ais siap-siap habuan untuk dia minum. Selalunya bila balik rumah, suami cari sendiri air sejuk dalam peti ais. Juga tidak bergula. Bijirin sarapan dalam gambar ni suami belikan untuk afif. In case tak sempat sediakan sarapan katanya. Sebab sekolah af...

Terangkan dan Beri Tunjuk Ajar Kepada Anak Dengan Baik

Ibu tuangkan teh o yang baru ibu bancuh ke dalam cawan dan ibu letakkan di lantai. Nak sejukkan sebelum boleh diminum. Adik dengan perut yang kekenyangan seronok baring di ribaan ibu. Sengaja menolak apa sahaja yang dapat dicapai dengan kakinya. Ibu dah pesan, "kaki taknak tolak-tolak macam tu adik.. Kaki letak bawah." Seronok agaknya hingga terlupa teh o panas yang berada di hujung kaki turut ditolaknya tanpa sengaja. Ibu marah. Ibu ambil kain dan lap tumpahan teh o panas itu. Mujurlah tak terkena kaki adik. Adik senyap, tahu dirinya telah melalukan kesalahan. Adik tengok sahaja apa yang ibu buat. Sesudah mengelap tumpahan teh o, ibu tuang pula air mineral ke lantai. Adik buat muka terkejut dan keliru. Hairan agaknya, kenapa adik tak sengaja tumpahkan air ibu marah. Ibu sengaja tuang air takpa pula? Ibu gelak. Ibu terangkan kat adik, "tadi air teh yang tumpah tu manis adik.. melekit.. kena bilas dengan air masak ni pula. Baru hilang rasa melekit tu. Baru semut tak ...

Anak Yang Belum Pandai Membaca Pun Pandai Guna Whatsapp Call

Malam kelmarin ibu keluar sekejap temankan paksu di wad. Memang setiap kali nak keluar, ibu kena tunggu adik tidur dulu barulah ibu boleh ke wad. Kalau tak, pecahlah keheningan malam di anjung kasih tu dek tangisan nyaring adik. Tak sampai 2 jam di wad, skrin handphone ibu menyala-nyala. Panggilan whatsapp voice call dari Tok. Wah, adik dah bangun ke? Biasanya kalau adik bangun, adik menangis cari ibu. Tok akan call suruh ibu balik. Sebabnya adik ni jenis yang susah dipujuk. Rupanya dah banyak kali ada missed voice call dari nombor tok. Ibu pun angkat phone call tu, "hello assalamualaikum. Awat mak, adik nangis ke?". Suara adik yang jawab, "ibu..." teresak-esak menangis. Dah banyak kali rupanya adik call ibu. Bila ibu cakap, adik pun mulalah menangis lagi kuat. Tok cakap adik sebak dah tak boleh nak cakap dah. Sambil pujuk adik, ibu bagi tahu paksu yang ibu kena balik. Adik dah menangis. Kesian kat paksu, dik. Kata tok, rupanya dari tadi lagi adik call ibu. Tok d...

Kalau Dah Namanya Lelaki

Kalau dah namanya lelaki. Bukan main si pesakit ni menyakat cik misi yang merawat. Tak  cukup dengan nurse, doktor-doktor muda berdahi licin pun turut diusiknya. Cun katanya. Ada adik-adik di wad rehab yang mengusik doktor comel, "Fuh..Rasa macam nak duduk sini terus je.." Seorang pesakit yang patah leher dan sebelah kakinya turut mencuba. Mentang-mentang bekas isterinya tiada di sisi menemani waktu itu. Dengan besar rasanya, dipelawa seorang cik misi manja keluar makan. Aku ada empat ribu katanya. Awak nak berjalan pun tak boleh abang. 😂 Layankan ajelah cik misi. Buat menghibur hati sendiri dan menghibur hati mereka. Kakak ini menegur, "suka-suka je nak ngorat noh. Entah-entah bini orang." "Mana kahwin lagi.." Si adik membalas. "Boleh tau ke depa dah kahwin ke belum?", soal si kakak. "Tak pakai cincin." Jawabnya. Hahaha.. tergelak saya. Rupanya itu caranya lelaki menapis perempuan yang mahu dicuba. Jika tersarung cinci...

Belajar Membaca dan Mengeja Menggunakan Whatsapp

Sejak berjauhan dengan anak sulung kerana saya perlu berada di hospital di ipoh, kami sering berhubung menggunakan aplikasi whatsapp. Tidaklah banyak yang dibualkan. Afif sekadar memberitahu saya aktiviti yang dilakukannya, apa yang dimakannya. Saya sangat gembira bila Afif sudah pandai menggunakan aplikasi whatsapp. Bagus sebenarnya kemudahan-kemudahan seperti ini. Anak pun mudah menghubungi saya. Paling best, anak dapat belajar mengeja dan menulis dengan betul. Dengan whatsapp pun anak-anak boleh belajar dan mahirkan diri dengan mengeja dan membaca. Jika ada perkataan yang Afif tersilap eja, saya akan menaip semula perkataan tersebut dengan ejaan yang betul. Dia akan baca dan tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan yang ditulisnya. Inilah antara sebab pentingnya menaip menggunakan ejaan penuh. Supaya anak-anak faham apabila membaca dan anak-anak tahu ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan baru atau sukar bagi mereka. Taklah mereka keliru. Anak-anak mengajar, anak-anak ju...

Tabik Jururawat Lelaki

Bila mula berkenalan dengan hospital ini, baru tahu kePENTINGan male nurse/jururawat lelaki. Kerja-kerja jururawat bukan calang-calang terutama di ward yang memerlukan pemerhatian rapi di mana pesakit yang tidak mampu menguruskan diri perlu diangkat untuk dimandikan ataupun dialihkan posisi, ataupun diletakkan diatas kerusi roda dari pembaringan. Tenaga lelaki sangat diperlukan untuk melakukan kerja-kerja ini. Jika pesakit mempunyai berat dalam julat yang normal, tidaklah begitu sukar untuk diuruskan. Tetapi jika pesakit mempunyai masalah obesiti dengan berat badan mencecah 100-150 kg? Kekuda 4 orang lelaki pun boleh bergegar mahu mengangkatnya, apatah lagi kudrat jururawat wanita yang lemah-lembut, halus dan rapuh fitrahnya. Memerhati sikap dan cara jururawat-jururawat ini bekerja, buat saya lebih menghormati lelaki. Sebelum ini hanya seorang lelaki yang saya tahu bila ingin menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya, sebolehnya mahu dia lakukan sebaik mungkin, sehingga dia sendi...

Ragam Suami Isteri Baru

Dalam perjalanan ke ipoh siang tadi, kami singgah untuk mengisi perut di Gopeng.. Cukuplah buat alas perut anak-anak dan suami sementara mereka nak sampai ke kampung. Sudah separuh makanan kami habiskan, datang sepasang suami-isteri duduk di sebelah meja. Baru berkahwin gayanya. Mungkin tahun pertama perkahwinan lagi. Si isteri, sedang hamil dan masih kecil perutnya. Dari butir-butir perbualan mereka, dapat saya agak mereka sedang berbalah mengenai hal kecil sahaja mungkin. Ada disebut family datang, abang datang, mama datang, tidur luar. Mungkin si suami tidak berpuas hati kerana terpaksa tidur di luar apabila keluarga si isteri datang berkunjung. Ataupun mungkin ada isu lain lagi yang dipersoalkan. Nampaknya kedua-duanya tidak mahu mengalah, masing-masing mahu pasangan menerima pendirian mereka. Melihat kedua-dua suami-isteri ini, seolah-olah melihat cermin diri di masa lalu. Begitulah kami di awal perkahwinan. Difikir-fikir, terasa betapa ruginya berbalah atas perkara yang tidak...

Sukar Untuk Memahami Selagi Belum Merasai

Benarlah, kita tak akan faham rasa yang dialami oleh orang lain selagi kita tidak berada dalam situasi yang sama dengan mereka. Saat ini usah ucapkan kata-kata memohon sabar. Hulurkanlah bantuan semampu kita. Bantuan kewangan juga amat membantu. Selalunya saya berbahagia di rumah menguruskan isi rumah dan anak-anak. Tidak memikirkan hal lain kerana hidup saya sudah sempurna rasanya. Bahagia dapat bersenang-lenang di rumah melakukan apa sahaja yang saya suka. Dalam sekelip mata tanpa sempat membuat perancangan apa-apa, kami sekeluarga menerima perkhabaran bencana. Adik saya kemalangan dalam perjalanan dari rumah saya untuk pulang ke Pulau Pinang. Kami perlu bergegas ke hospital ipoh. Hari pertama, kami sekeluarga menunggu sahaja di kawasan menunggu di kaki lima hospital. Semuanya punya anak kecil yang turut dibawa bersama. Tiada persediaan apa-apa. Mak dan adik saya tiba seawal jam 4 pagi di hospital. Tanpa sempat memikirkan makan dan membersihkan diri. Masing-masing menunggu adik s...

Wanita dan Kasih Sayang

Kisah di hospital. Ada bekas isteri yang masih setia kembali berkhidmat menunggu bekas suami yang terlantar tidak sedar. Ada suami yang datang mahu membelasah isteri yang sedang terlantar tiada upaya. Ada isteri yang terus pindah masuk ke rumah baru di sisi katil suami. Di situlah isteri berbaring, disitulah isteri solat, di ward itu jugalah isteri membersihkan diri. Setia menemani tidak kemana-mana sudah 2 minggu lamanya. Ada ibu yang hampir 7 bulan lamanya bersabar menanti kesembuhan si anak kecil yang menderita. Mereka yang setia menanti di sisi katil ini semuanya wanita. Ada isteri, ibu, kakak, adik, hatta bekas isteri sekalipun. Mereka tidak lagi memikirkan apa-apa. Tidak lagi memikirkan segala yang dulu dirasakan penting bagi diri. Hanya terus menanti, berdoa dan bersabar menantikan kesembuhan insan-insan yang disayangi. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mengembalikan nikmat kesihatan kepada mereka-mereka ini yang bersabar menjalani dugaannya. Berikan kesembuhan kepad...

Usah Berlama-lama Dalam Berduka

Saya seorang yang sangat susah nak move on. Masa arwah tok tak ada dulu hampir setahun saya masih tak boleh move on. Mourning, masih teringat-ingat, tak mampu nak teruskan belajar, saya quit. Selalu mimpikan arwah walau setelah bertahun lamanya arwah tak ada. Sayang nak tinggalkan kenangan. Saya nak hidup di dalamnya. Kerana pada saya, bila saya mula melupakan, seolah-olah saya mengkhianati apa yang pernah saya sayang. Akibat dari sikap ini, susah untuk saya ceria semula. Makan tahun lamanya saya bangkit dari terus berduka. Semua ini banyak mempengaruhi setiap keputusan yang saya telah buat dalam hidup saya. Keputusan yang dibuat dipengaruhi emosi yang negatif... semangat yang hidup segan mati tak mahu... Membawa kepada keadaan yang lebih menyedihkan dan lebih banyak keburukan. Sedikit sedikit saya belajar. Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak pernah ada dalam perancangan. Bukan mudah bila kita merancang sesuatu yang kita anggap sempurna pada mata kita, akhirnya kita ...

Anak Lebih Peka dan Prihatin daripada Ibu

Sejak jadi ibu yang berusaha mencari pendapatan sendiri ni, saya rasa saya sangat kurang peka terhadap anak-anak, suami dan orang sekeliling yang terdekat. Sama jugalah dengan diri-sendiri. Yang difikir hanya macam mana nak dapat sale . Macam mana nak dapat banyak lagi sale, nak tambah lagi untung jualan. Malam tadi sebelum tidur, anak yang menyayangi saya ingatkan ibunya, "Ibu tak makan ubat lagi" MasyaAllah... how sweet anakku.. sayang benar dan peka benar dengan rutin ibunya ini. Sudah seminggu saya perlu mengambil antibiotik kerana selsema dan sakit tekak. Ini antibiotik yang kedua kerana antibiotik yang saya habiskan sebelum ini seperti kurang berkesan merawat selsema dan sakit tekak saya. Jadi saya perlu habiskan antibiotik yang ini mengikut tempoh dan waktu yang ditetapkan. Sungguh saya lupa. Kami sudah tutup lampu mahu tidur, kemudian dia ingatkan saya. Bila anak buat sesuatu yang patut diraikan dan diberi penghargaan, berilah penghargaan yang sepatutnya dia terima....

Anak Lebih Penting Dari Urusan Sendiri

"Ibu.. Jemur kain.." "Ibu.. pakai tudung jemur kain.." "Ibu.. letak handset kat atas.. jemur kain dulu.." Gesa anakanda saya Afif pagi tadi minta saya letakkan handphone di partition di atas tv. Namun tak juga saya endahkan kerana terlalu asyik meneleku segala yang terpapar di skrin handphone. Afif siap ambilkan tudung untuk saya dan disuruhnya saya pakai keluar menjemur kain. Setelah beberapa minit melihat ibunya masih lagi menekan-nekan skrin handphone, akhirnya dia sendiri menguruskan kain baju yang belum berjemur itu semampu dayanya. Bila selesai urusan dengan handphone, saya lihat sudah separuh baju-bajunya dan adik disangkut dan digantung. Melihat tingkahnya, terpukul jiwa saya. Betapa saya terlalu mementingkan urusan saya berbanding permintaannya. Selalunya begitu. Kebiasaannya begitu. Saya terlalu mementingkan diri dan urusan jual beli saya berbanding memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak, terhadap permintaan-permintaan ana...

Hajat Pelanggan dan Untung Menjual

Bila menjual buku ataupun alat bantu mengajar ni, ada masanya untung dah jadi nombor dua. Asalkan dapat sampaikan barang yang betul-betul dihajati customer untuk memenuhi keperluan mengajar anak-anaknya. Ianya satu kepuasan bila usaha kita sedikit-sebanyak dapat membantu memberi ilmu kepada anak-anak ini. Semoga terselit secebis ganjaran yang Allah kirakan sebagai amal yang baik dan berpanjangan mudah-mudahan. Inilah kisah saya hari ini. Ada seorang pelanggan yang tinggal di Dubai minta kawannya tolong bawakan set buku readeasy yang dibeli daripada saya ke Dubai kerana kebetulan kawannya itu akan pulang semula ke Dubai beberapa hari lagi. Hari terakhir barang perlu sampai ialah pada hari ahad, 2 April. Allah menguji, pada hari jumaat, 31 Mac poslaju menelefon supplier saya untuk mengambil semula parcel yang dihantar kepada kawan pelanggan saya ini kerana parcel telah rosak dan terkoyak. Memang tidak sempat untuk menghantar semula kerana hari sudah lewat, dan esoknya hari sabtu. Mus...